CERITA-CERITA tentang Anwar Ibrahim (Dato' Seri) yang
dimainkan oleh media massa termasuk para rakan blogger, lama-lama sudah semacam geli pulak
mengikutinya. Itu sebab, saya tidak begitu bernafsu untuk menambah tokok
mengulas perihal permainan poltik beliau.
Ada
sebabnya. Ketika berumur 22 tahun saya sudah memegang jawatan ketua pemuda
cawangan di satu cawangan UMNO di Perak. Ketua Bahagiannya ketika itu adalah satu
nama yang disegani. Masa tu jugalah zaman Anwar sedang naik.
Dia
(Anwar) Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dia menteri Belia dan Sukan. Senenarnya, sebaik
sahaja perdana menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad (Tun) berjaya menarik
beliau ke dalam UMNO, hati kecil saya terus mengatakan satu bala akan memasuki
UMNO.
Padahal,
saya tidak tahu apa-apa pun mengenai baik buruk Anwar ketika itu mahupun semasa
dia begitu gah memimpin ABIM.
Ramai
kalangan rakan-rakan UMNO bertanya mengapa saya berkata begitu, namun saya
tidak dapat menyatakan secara konkrit sebab-sebabnya kerana saya sendiri ketika
itu tidak mengenali anwar kecuali melalui akhbar-khbar dan media massa.
"Ada satu detik di benak saya yang
menyatakan bahawa budak ni (anwar) akan membawa celaka kepada UMNO - tunggu dan
lihat, cepat atau lambat, itu saja", itulah yang dapat saya katakan
bila rakan-rakan mahukan jawapan hal tersebut. Walaupun mereka ketawa, tatapi
saya serius.
Mengikut
rekod peribadi, sebagai tanda saya memang tidak suka dia, saya tidak pernah
menghadiri sebarang program yang dihadiri oleh Anwar. Ketua Bahagian dan Ketua
Pemuda Bahagian saya ketika itu, sudah dapat mengesan dan saya akhirnya di
pulaukan.
Malahan,
ketika saya bertugas sebagai pemberita sekalipun saya tidak pernah membuat
liputan majlis yang dihadiri oleh Anwar.
Beberapa
tahun kemudian, sebaik sahaja Anwar di tangkap di rumahnya, seorang rakan
menelefon supaya saya segera melihat Berita TV3. Dia mengabarkan kepada saya
berita tersebut dengan penuh nada geram mengecam tindakan seorang pemimpin
ketika itu, Tun.
Sebaik
sahaja saya melihat berita itu, saya tergelak besar berdekah-dekah dihadapan
anak dan isteri kerana berasa amat puas. Dalam hati saya berkata: You
terlambat Mahathir! You terlambat!
Sehingga
sekarang, rakan-rakan politik yang tahu tentang hal ini tidak akan membawa cerita
Anwar dalam sembang-sembang kami kerana mereka tahu, saya akan meluat dan jika diteruskan
juga saya akan angkat kaki.
Jagindas: kalau
ikut loghat orang kampung saya, anwar sekarang ni dah "GILA SEPERA"
Apabila nafsu mengatasi akal maka manusia itu lebih jahat dari Iblis !
BalasPadamTuan Jagindas, apakah Tuan mengenali Tun M dari segi gaya, corak, watak dan peribadi ? atau garap hala mentalis beliau ?
BalasPadamSaya kurang setuju malah membangkang pendapat Tuan bahawa Tun M telah melakukan kesilapan dengan membawa Anwar Ibrahin ke dalam UMNO. Atas fakta dan bukti apa tuduhan itu Tuan lontarkan kepada Tun M ?
Usaha, pandangan dan arahan Tun M kah secara total yang membawa masuk Anwar Ibrahin ke dalam UMNO ? Siapa sebenarnya yang melonjakkan Anwar semasa era kegemilangannya ? Tun M kah ?
Kita tidak boleh hanya menunding jari "YOU SALAH !" atau "SALAH YOU !" semata-mata hanya firasat kita !
Gong ! Gong ! Gong ! Bosan la asyik cerita Anwar saja...! Tak ada ke isu apa kerajaan buat ? apa kerajaan NAK buat ? apa dasar kerajaan yang dah berjaya ? Pengakuan kerajaan dalam melakukan kesilapan dan apa hala tuju kerajaan untuk membetulkan kesilapan ?
BalasPadamApa pengakuan dan luahan penyesalan parti pembangkang dan janji untuk tidak mengulangi kesilapan ? Ada ke ? Chor cite !!!
Gong ! Gong ! Gong !