Selasa, 11 September 2012

DEMIKIANLAH MULUT AZNIL....


SEMOGA BERJAYA DAN TIADA KONTROVERSI!
AZNIL, KINI LEBIH POPULAR DENGAN NAMA PAK NIL
Wah, wah, wah Aznil, belum apa-apa dah naik tocang beb! Amati kenyataan akhbar beliau:

          "Saya inginkan agama menjadi sesuatu yang konvensional dan relevan, dan tidak mahu rancangan agama hanya dipelopori oleh mereka yang berkopiah, berjanggut dan berserban,"      
          "Cara penyampaiannya juga haruslah disenangi ramai dan tidak memperkecilkan penonton. Yang penting ialah saya juga mempelajari banyak ilmu agama. Itu tuntutan saya bukan untuk televisyen sahaja, tetapi juga sebagai bekalan di akhirat kelak kerana ianya sudah menjadi tanggungjawab saya." demikian kata Aznil dalam satu sidang media di Royale Bintang Damansara baru-baru ini. laporanpenuh baca di sini

          Apa maksud Aznil sesuatu yang konvensional dan relevan? Apakah agama yang ada sekarang ini sudah tidak konvensional dan tidak relevan lagi? Apa pula kaitannya dengan pakaian - jubah, serban dan kopiah?
          Saya agak setuju dengan komen awak terhadap meningkatkan mutu cara penyampaian namun itu adalah hal ke dua atau ketiga. Yang penting adalah perkara yang hendak disampaikan itu harus wajar, tepat, betul, bernas dan tidak tersasar. Kalau tidak nanti silap-silap jadi sasau amacm Guru Yahya pulak!
          Aznil, kita hormat hasrat dan cita-cita murni saudara, apalagi ia berkaitan agama Islam. Namun, agak-agaklah kalau nak buat komen. Janganlah belum apa-apa lagi sudah yang terbaik, kununnya kitalah pencetus pembaharuan di era serba moden dan global ini.
          Mereka yang pernah menuntut di Mekah dan Madinah selama tujuh tahun pun tidak berani mengatakan sudah memiliki ilmu yang mantap, takkanlah kita yang baru sehari dua berjinak-jinak di lapangan itu tup-tup sudah mencanak ilmunya! Bukan tidak percaya Nil, apapun logik dan rasionalnya kenyataan saudara itu memualkan.
          Memanglah, Allah akan memberikan apa sahaja dan kepada sesiapa sahaja jika dia mengkendakinya. Tiada yang mustahil bagi Allah. Barangkali saudara sudah terpilih. Alhamdulillah..
          Pun begitu, semua umat Islam wajib berjuang dan berjihat dalam urusan agama (Islam). Bahkan tiada batas waktunya. Namun, jangan terlalu ghairah!
           Bukan marah Nil, nasihat..


Jagindas:  ...masih berguru belajar Fatihah A to Z, masih banyak bab lagi beb!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.