PETANG TADI, terperangkap dalam hujan, dalam sembang-sembang
petang kami maka, tersebutlah kisah seorang pengetua sekolah menengah dimalukan
oleh Pengerusi Persatuan Ibu-Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah itu dikhalayak ahli
majlis dan ibu bapa.
Menurut
cerita, pengerusi PIBG itu marahkan pengetua berkenaan berikutan komplen ibu
bapa kepadanya terhadap beberapa tindakan pihak sekolah mengenakan beberapa peraturan baru sekolah terhadap
murid-muridnya. Kiranya pengerusi itu nak tunjuk hero lah..
Tentulah
ada sebabnya mengapa pengetua terbabit berbuat demikian. Apatah lagi, khabarnya
pengetua itu seorang wanita dan baru sahaja memegang jawatan itu. Pengrusi itu
seorang wanita dan bekas guru juga!
Dengan
tindakannya itu, kononnya pengetua tersebut berasa amat malu sebab cara teguran
yang dibuat oleh pengerusi itu tidak beretika, tiada diplomasi, kasar lagi
memalukannya. Sebagai bekas guru, sudah hilangkah adab dan budibicara pengerusi
itu sebagai manusia?
Tidak
kiralah apa saja status pribadi yang tuan-tuan ada, itu bukan tiket untuk
tuan-tuan bertindak sebagai boss dan boleh berbuat apa sahaja mengikut rentak
hati tuan-tuan. Kita minta orang lain menjaga marwah kita, tapi patutkah pula
kita tidak menjaga marwah orang lain?
Dan,
tahukah pengerusi PIBG (dan untuk semua yang berjawatan itu) bahawa kedudukan
tuan-tuan (puan/puan/Datuk-Datuk/ Datin-Datin/Tan Sri/Puan Sri) dalam
organisasi sekolah adalah di bawah pengetua (susur luar) mengikut hairaki
kepertanggungjawaban dan pengurusan.
Secara
bahasa kasarnya (kalau tak faham bahasa halus), sekolah adalah hak dan
kepunyaan pengetua/guru besar. Mana-mana individu yang terkait dengan
organisasi sekolah tidak boleh mengatasi kedudukan pengetua/guru besar. Kena
faham maksud ayat itu betul-betul sebelum menyumpah seranah pihak sekolah.
Tidak
bolehkah tuan-tuan berbincang secara baik dan tertutup dengan pihak sekolah
sebelum membuat sebarang keputusan?
Ingat dan fahamlah bahawa tugas utama PIBG adalah membantu membangunkan
sekolah serta mengukuhkan kemuafakatan ibu bapa-guru dan bukannya mengacau dan
memperlagakan sekolah dengan ibu bapa.
Sama
ada tindakan atau keputusan yang dibuat oleh pengetua itu yang padanya adalah
untuk kebaikan murid-murid dan sekolahnya sesuai atau tidak, releven atau
tidak, boleh atau tidak, disukai atau tidak, PIBG sewajarnya menarik perhatian
kes itu untuk berbincang seterusnya mencari jalan penyelesaian secara dalaman.
Masyarakat
khalayak kena sedar serta faham bahawa kalau sekolah-sekolah dalam Malaysia ini
tidak mempunyai PIBG sekalipun, sekolah tetap beroperasi seperti biasa. Pendidikan
dan pembelajaran akan berjalan seperti biasa, peperiksaan juga akan berlaku
seperti terjadual.
Tidak
lain tidak bukan, PIBG itu ditubuhkan untuk membantu proses pemantapan sekolah dan
pemuafakatan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.
Dalam
organisasi sekolah rendah mahupun menengah, boss
hanya ada seorang sahaja iaitu guru besar atau pengetua. Kedudukannya sebagai
penasihat PIBG bukan bererti taraf boss-nya
hilang sama sekali bila dia berada dalam kelompok PIBG! Ada reti ka..?
Jagindas: Pengetua
tu tentunya dah kecil hati. Guru-guru pun turut bersimpati. Ingat semua mak
bapak suka ke tindakan pengerusi PIBG tu..? sendiri fikirlah weh...
kenkadang pompuan ni (pengerusi PIBG tu la) dia berlagak dibalik bayang laki dia. jgn2 laki dia somebody tak? peerrrghhhhh
BalasPadamMintak Izin, pengalaman saya selaku bekas penjawat awam di JPN Kedah, pengetua tersebut boleh menggunakan peruntukan kuasa yang diperturunkan oleh Yang Dipertuan Agong untuk memecat YDP PIBG tersebut, kalau tak berani rujuk dengan Bahagian Perhubungan Sekolah JPN untuk mereka melakukan pemecatan.
BalasPadamname lg pompuan suke brtindak mengikut EMOSI
BalasPadam