SEGERA ATASI KEROSAKAN
Pukul 11 pagi esoknya barulah
masalah elektrik selesai setelah kira-kira 11 jam sengsara. Manakala masalah internet
TM pula selesai lebih kurang pukul 4 petang. Ini kerana kabel utama telekom di
kawasan taman perumahan berkenaan telah dicuri orang malam tadi iaitu serentak
dengan waktu black-out semalam.
Seorang pegawai telekom menghubungi
saya untuk memaklumkan masalah tersebut berkata, kecurian kabel selalu berlaku
tatkala menjelang hari raya. Untuk malam semalam sahaja katanya, berlaku
kecurian kabel di dua tiga tempat sekitar Batu Gajah, Tg Tualang dan Changkat
Tin.
Walaupun kerosakan disebabkan kes kecurian atau vandelisme, namun pihak telekom nampaknya bertindak segera mengatasi keadaan demi kepentingan pelanggan. Syabas dan terima kasih. banyak-banyak!
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA SAYA.
Jagindas: setan betoi pencuri tu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.