KALAU MAHU
INDUSTERI PELACONGAN PERAK MERIAH
DARI KIRI: Hamidah Othman dan Zambry Kader |
HASRAT
kerajaan Melaka untuk menubuhkan Institut Arkeologi bagi melahirkan lebih ramai
tenaga mahir dalam bidang pemuziuman negara wajar di sokong dan direalitikan di
negara ini.[di sini]
Dengan
kewujudan badan itu nanti, ia diharap akan menjadi pusat latihan bagi membantu
negeri-negeri lain membangunkan secara terancang, kondusif dan komersil dalam bidang
pengisian, lokasi serta bahan-bahan untuk industri pelancongan masing-masing.
Ini kerana, secara umumnya banyak negeri di negara ini yang memiliki
bahan-bahan bersejarah bernilai tinggi yang boleh menggamit pelancong dalam dan
luar negara namun ianya tidak diurus dengan sempurna yang akhirnya bahan
tersebut lesap begitu sahaja di telan usia dan pembangunan moden.
Misalnya,
negeri Perak sebenarnya memiliki pelbagai bahan dan lokasi berkaitan sejarah
lampau tetapi tidak diurus dengan baik dalam kontek industri pelancongan
menyebabkan negeri itu kurang mendapat sambutan kunjungan pelancong meskipun
pelbagai usaha mempromosi negeri itu telah di buat.
"Kalau
didengar pemimpin bercakap mengenainya, banyak sudah perkara yang
"akan" dan "akan" dilaksanakan di negeri ini tetapi masih belum
menampakkan kemajuan yang menyerlah.
"Kerajaan
negeri asyik menyebut itu dan ini namun tindakan susulannya amat perlahan.
Keadaan ini memperlihatkan yang negeri ini tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang Conservation and Restoration selain dari kesedaran
terhadap nilai kesenian dan sejarah", kata seorang penduduk, Fikri Ahmad,
26 yang temui di Ipoh baru-baru ini.
Menurutnya, ketika kempen tahun melawat Perak baru-baru ini, beliau telah
menjemput rakan-rakannya daripada Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dimana
rakannya itu memberikan komen yang sama terhadap usaha memajukan negeri ini
menerusi inusteri pelancongan.
"Perak
memiliki banyak aset bernilai sejarah dan komersil disegi pelancongan namun
sayangnya ia tidak diurus dengan sempurna menyebabkan negeri ini gagal
menggamit pelancong.
"Taiping
sendiri nampaknya masih jauh ketinggalan dari segi pengurusan bahan bersejarah
dan pelancongan padahal bandar itu mampu dimeriahkan lagi setanding dengan Melaka,"
itu antara komen mereka kata Fikri.
Menututnya,
setiap lokasi pelancongan jika dibangunkan dengan teliti dan menarik, ia bukan
sahaja mengketengahkan nama negeri malah juga secara tidak langsung membantu
penduduk tempatan meraih pendapatan hasil daripada kehadiran
plancong-pelancong.
"Kerajaan
negeri jangan malu belajar jika ia memberikan peluangan yang baik untuk negeri
dan rakyat," katanya.
Jagindas: ...... yang berkenaan mohon lihat balik la
hal ni, jangan dok asyik syok bercakap dan seronok tengok gambar ngonyen keluar
paper jer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.