Isnin, 2 Jun 2014

SEKEJAP HALAL, SEKEJAP HARAM

Siapa Sebenarnya Yang Bertanggungjawab?

Pada 24 Mei lalu lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan analisis sampel terhadap dua produk Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam, masing-masing mempunyai nombor kelompok serta tarikh luput 200813M01H I2 (13 November 2014) dan 221013N01R I1 (15 Januari 2015) mengandungi DNA babi. 
            Sejurus selepas itu masyarakat Islam di negara ini menjadi gempar sehingga ada yang mahu bertukar darah dan menyamak mulut, kerongkong dan perut berikutan beranggapan tubuh badan mereka sudah dicemari najis babi dan ianya wajib di samak.
            Tuding menuding berlaku dari pelbagai pihak bahkan ada yang sudah bersedia-sedia untuk bertindak menyaman syarikat terbabit. Kementrian Kesihatan kata pihaknya bukan agensi yang bertanggungjawab dalam mengesan, menguji dan mengesahkan hal-hal yang berkaitan seperti itu. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menafikan pihaknya sengaja menyembunyikan hasil ujian DNA setelah dikatakan pihaknya telah dimaklumkan tiga bulan awal mengenainya. Katnya, Jakim masih memerlukan ruang untuk mengkaji pendedahan isu itu sebelum membuat keputusan muktamat.
            Dalam keadaan kelam kabut itu nasib baiklah Jakim segera menyedarkan orang ramai bersandarkan kehakikian hukum fiqh bahawa atas sebab kejahilan, tidak sengaja dan tiada kepastian muktamat makanya hukum halal memakan produk itu seperti yang faktwakan sebelum ini masih terpakai. Bermakna umat Islam tidak perlu menyamak mulut, kerongkong dan perut mereka. Mereka juga tidak perlu menukar darah! (tahukah mereka bahawa risiko menukar darah itu?). Namun, sehingga ianya disahkan secara total, jabatan itu menggesa umat Islam supaya tidak memakan produk terbabit buat sementara waktu.
            Syarikat Cadbury yang faham sensitifnya isu itu, tanpa banyak soal menarik semula semua produk berkenaan di pasaran. Mereka akur dan memberikan kerja sama penuh untuk pihak-piahk terbabit memeriksa dan menguji semla semua produk keluaran syarikatnya. Rakyat lega dan isu selesai. Hanya tinggal menunggu kes-kes mahkamah jika ada pihak yang mahu mengheretnya selepas kenyataan muktamat diperolehi kalau semua tuduhan itu adalah benar!
            Namun hari ini (2 Jun 2014), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, mengesahkan bahawa produk coklat cadbury terbabit bebas daripada dicemari najis atau DNA babi. Alhamdulillah....! Lega secara total!
            Apa ceritanya ini? Sekejap halal, sekejap tidak halal dan kemudian halal kembali.! Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menguruskan pengujian dan penghebahan hal-hal yang seumpama ini? Siapa? Jangan tergagap-gagap, jawablah dengan tepat. Tepat ke sasarannya.!
            Pada awalnya sumber daripada kementerian kesihatan menghebahkan produk terbabit dicemari DNA babi – tak kiralah sama ada ianya disengajakan atau tidak. Secara umumnya, dalam aturan permakanan halal Islam, berkongsi peralatan pun tidak dibolehkan. Jadi tidak ada alasan sengaja atau tidak sengaja (dalam kes pengilangan di sini).
            Tidakkah Jakim dan Syarikat Cadburi Malaysia berhasrat menyaman kementerian kesihatan kerana telah memberikan kesusahan dan hampir-hampir sahaja rakyat hilang kepercayaan terhadap anda kerana sumber di kementerian itulah yang menyebabkan punca bermulanya isu ini. Macam mana?
            Makanya, itulah sebabnya saya cadangkan supaya Jakim perlu memiliki makmal dan kepakarannya sendiri (baca semula di sini  dan di sini). Mengapa perlu bergantung kepad orang lain sedang umat Islam negara ini sudah mampu mengurus dan mengendalikannya.

 Jagindas: Minggu lepas sakit perut terkena keracunan makanan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.