DEDAHKAN SEKARANG, BN SEDIA HADAPI
MAHATHIR: Jangan beri peluang PR... ANWAR: Benar, PR akan buka segalanya... |
MENGULAS kenyataan Tun
Mahathir Jumaat lalu bahawa negara mungkin tidak
dapat melihat BN memerintah lagi jika PR berjaya menawan Putrajaya, dengan
berkata pembangkang akan “lakukan apa sahaja” untuk kekal berkuasa, Datuk Seri
Anwar berkata kata-kata Tun itu adalah benar.
“Dia kata, sekali kalah, akan hilang selamanya — itu
adalah benar. Ini kerana, segala rasuah dan ketidakcekapan kerajaan BN akan
didedahkan,” katanya. [baca
di sini]
Soalnya, mengapa Anwar mahu tunggu bila dia duduk di
Putrajaya baru bertindak mendedahkan semua kudis dan tokak BN? Mengapa tidak
sekarang? Bukankah kalau dikeluarkan sekarang rakyat akan tahu busuk dan
hanyirnya BN dan sekali gus memberikan laluan mudah kepada Pakatan Rakyat (PR)
akan menang dalam Pilihan raya ke 13 nanti?
Adakah Anwar tidak mempercayai pihak berkuasa seperti
polis dan Sururuhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta meragui sistem
kehakiman sedia ada?
Atau, apabila dia memerintah nanti, pentadbirannya akan
memanipulasi bukti dakwaan dan sekali gus akan dapat mempengaruhi sistem
kehakiman bagi memastikan dendamnya akan terbalas! Begitukah?
Sesungguhnya kenyataan sinis Anwar itu menampakkan
kecenderungan dendam dan niatnya yang tidak baik terhadap kerajaan BN sekarang.
Kalau Anwar ikhlas untuk mendedahkan salahlaku BN sama ada yang sekarang
mahupun yang terdahulu, dia tidak perlu untuk menunggu ketika dia menjadi
Perdana Menteri (PM) atau bila kerajaan PR memerintah untuk bertindak.
Padahal, sekarang adalah masa yang amat sesuai malah
kebenaran dakwaannya itu nanti pasti sekali membantu kemenangannya! Ayuh Anwar,
segera heret kerajaan BN dan semua pemimpin-pemimpinnya termasuk yang terdahulu
yang masih hidup seperti Tun Mahathir dan lain-lain.
Saya fikir, kalau ibarat main daun terup 400 atau terup
keling, Anwar takut kena "spring
kod" atau "kod tani".
Dengan kata lain takut terbalik court
. Barangkali itulah sebabnya dia tidak berani mengemukakan pendakwaan sekarang.
Jagindas:... masa jadi Menteri Pelajaran dulu pun,
Anwar memang pandai mengugut dan memaut, sebab itu, masa itu boleh dikatakan
100% guru di seluruh negara meletakkan dia macam raja! Itulah kebolehan
semulajadi Anwar... dia pemidato tetapi bukan pentadbir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.