Satu Lagi Isu Bakal Menggugat BN
SAYA tidak pasti
sama ada cerita ini benar atau tidak. Tetapi menurut seorang penduduk di tempat
saya yang kini sudah lama berhijrah ke Kelantan memberitahu, pemimpin Pas
khasnya Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz, tahu tentang perlombongan emas di
negeri itu sama ada yang halal mahupun yang haram.
Namun, pemimpin terbabit tidak
melarang sama sekali malah mengucapkan syabas atas usaha mereka yang disifatkannya
memajukan diri. Barangkali atas dasar bumi adalah bumi Allah, hak Allah, maka
adalah menjadi hak (umatNya) rakyat Kelantan untuk menikmatinya dengan apa cara
jua sekalipun.
Malah katanya, atas restu Nik Aziz
itu yang disifatkan mereka sebagai kerajaan bermurah hati dan tidak banyak
karenah, maka kasih sayang orang Kelantan terhadap Pas memang cukup tebal.
Bermakna, pihak berkuasa kerajaan megeri mungkin sudah tahu aktiviti berkenaan sejak
lama tetapi sengaja tidak mengambil tindakan undang-undang berikutan
"restu" itu.
Berita semalam pula dikejutkan
dengan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadapi
saat cemas apabila dikepung sekumpulan samseng yang marah terhadapa tindakan
kerajaan pusat itu. (Utusan Malaysia 14/7/12 p.3)
Kes-kes seperti inilah yang
mengukuhkan ramalan Tun Mahathir bahawa agak sukar Barisan Nasional (BN) untuk
menawan Kelantan kembali. Saya percaya, ketegasan dan tindakan kerajaan dalam
kes seumpama ini akan dijadikan modal dan dimanipulasikan oleh
penyokong-penyokong Pas dalam menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.
Kepada rakyat Kelantan, meski bumi
ini hak Allah, namun Tuhan juga menyuruh kita mengautnya secara peradaban.
Kalau tidak, satu lagi bala akan menimpa negeri tuan-tuan kerana murkanya Allah
Taala terhadap kerakusan tuan-tuan merobek bumi tanpa mematuhi hukum alam.
Jagindas: Cuma ada cincin suasa belah rotan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.