Boikot Produk Israel-Yahudi
BAGAIKAN sudah tidak ada apa yang boleh dibuat lagi. Israel
atau kaum yahudi ini terus-terusan menzalimi rakyat palestin. Biarpun
kekejamannya itu tidak diterima oleh dunia, namun yahudi tetap memekakkan
telinga dan terus sahaja melayan nafsu serakahnya itu.
Justeru,
sebagai sebuah negara yang menjunjung kehidupan harmoni sesuai dengan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam, maka rakyat di negara ini terus diminta memberikan
sokongan moral dan material kepada rakyat Palestin.
Semalam,
selain daripada meminta seluruh jemaah surau dan masjid melakukan solat hajat
memohon Allah Taala selamatkan rakyat Palestin, kerajaan juga meminta rakyat
supaya memboikot barangan atau produk Israel . Penulis
amat bersetuju dengan saranan kerajaan itu. Bahkan, bagi penulis kerajaan juga
sepatutnya semua bentuk iklan yang berasaskan produk Israel di semua media
cetak dan elektronik di negara ini. Kalau pun hendak dibuat, di dalam iklan itu
hendaklah dinyatakan dengan maksud supaya rakyat negara ini tidak menggunakan
produk tersebut seperti mana kita mengharamkan iklan rokok di negara ini.
Maksudnya,
kalau kita nak buat boikot terhadap sesuatu benda atau isu, kita kena buat
habis-habisan. Jangan buat separuh-separuh atau bermusim-musim. Dengan sikap
sebegitu juga ia memperjelaskan kepada dunia dan Israel sendiri bahawa Malaysia
memang tidak suka kepada Israel atau yahudi bukan kerana bangsanya tetapi
perangai dan sikapnya yang biadap lagi zalim.
Dalam kes
boikot memboikot ini, penulis teringat satu peristiwa di sebuah kedai buku. Pernah
penulis meninjau di sebuah kedai buku dan kitab yang diketahui bahawa pemilik kedai
itu adalah antara orang kuat parti Pas.
Sesampai di
situ, penulis bercadang untuk membeli surat khabar Utusan Malaysia. Apa yang didapati,
bukan sahaja akhbar Utusan tidak ada, malah semua produk bahan cetak yang terkait
dengan Syarikat Utusan Melayu memang tidak ada di kedainya.
Barulah
penulis teringat, ketika itu Pas telah mengisytiharkan boikot Utusan
Malaysia/Melayu. Dari sudut pemboikotan, penulis hormat peniaga berkenaankerana
dia telah melaksanakan maksud boikot atau 'membenci' dengan sepenuhnya walaupun
pada hakikatnya dia seorang peniaga yang sepatutnya bersikap terbuka.
Justeru,
kerajaan juga sewajarnya perlu lebih serius terhadap isu ini sebelum menyeru
rakyat berbuat demikian. Alasan rakyat kita berbilang kaum dan agama tidak
boleh diterima sebab penduduk dunia sendiri pun memang benci kepada kezaliman dan
kebiadapan kaum Yahudi ini. Carilah alternatif lain sebagai gantinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.