Jumaat, 23 November 2012

TIADA QUNUT NAZILAH DAN SEMBAHYANG HAJAT

GAMBAR HIASAN: Sembahyang hajat perdana

Kelantan Tidak Sertai Selamatkan Palestin

BERITA jam lapan malam sebentar tadi memaklumkan semua negeri kecuali Kelantan telah melakukan qunut nazilah dalam sembahyang Jumaat tengah hari tadi diikuti dengan sembahyang sunat bermohon Allah Taala menyelamatkan Palestin sekali gus mengahancurkan rejim Yahudi.
            Alasan yang diberikan oleh imam-imam di Kelantan adalah kerana mereka tidak mendapat arahan rasmi daripada pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri itu.
            Bagi penulis, jika benar ikhlas umat Islam di Kelantan mahu bersama-sama umat Islam lain (bahkan umat Islam seluruh dunia) untuk mendoakan kesejahteraan saudara seislam di Palestin, saya fikir tidak perlulah menunggu arahan daripada mana-mana pihak.
            Kerajaan Malaysia pun tidak membuat arahan cuma sekadar meminta atau menyarankan semua masjid dan surau di negara ini berbuat demikian. Permintaan seumpama itu dizahirkan bagi menyelaraskan doa qunut dan sembahyang hajat itu dilakukan serentak pada Jumaat yang sama iaitu hari ini.
            Penulis percaya Kelantan pun sedia maklum terhadap saranan kerajaan pusat itu. Cumanya, degil! Bagi PAS apa sahaja yang datang dari kerajaan pusat, baik macam mana sekalipun, bagi mereka ia disifatkan tidak baik. Ia dirasakan oleh PAS ada unsur politik. Makanya, Kelantan rela memulaukan sahaja saranan itu. Tetapi, untuk mendoa dan mensembahyang hajatkan agar UMNO dan BN hancur, bila-bila pun boleh dan ia dianggap wajar dan halal.
            MasyaAllah!
            Pun begitu, mingggu lalu penulis ada menerima hikmat pesanan ringkas (sms) daripada rakan-rakan di Kelantan yang meminta umat Islam membaca surah Al-Baqorah ayat 26-27,  surah Yunus ayat 85, 86 dan 88 dengan niat mohon agar Allah menghancurkan Yahudi, Israel serta kuncu-kuncunya yang telah dan sedang menyiksa saudara se-Islam kita di Palestin.
            Menurut sms itu, pemintaan tersebut kononnya adalah dibuat oleh pemimpin Palestin, Hazbullah iaitu Syed Hassan Nazrullah. Oleh kerana sms itu jelas dengan peristiwanya, maka penulis tiada halangan untuk menunaikan permintaan tersebut dan memanjangkan sms berkenaan kepada rakan-rakan yang lain sebagaimana yang diharapkan oleh penghantar sms berkenaan.


Jagindas: sedih

1 ulasan:

  1. fikiran sudah kacau, maka jadilah macam itu..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.