Khamis, 22 November 2012

TOM TOM BAK, TEMPURUNG BULU-BULU


Nasi Belum Masak, Si-Pekak Makan Dulu..


PENGISYTIHARAN  pembubaran parlimen masih belum ada tanda-tanda akan dibuat oleh Perdana Menteri. Yang pasti, ia akan berlaku selepas perhimpnan agung Umno pada hujung bulan ini. Mungkin pada hari itu, mungkin bulan depan, mungkin bulan Januari! Tetapi kalau tidak berlaku juga, Mac sudah barang tentulah. Nak lari kemana lagi..
            Orang Umno nampaknya rileks. Santai dan bersahaja sahaja menanti penisytiharan itu. Apa yang penting pengakuan daripada pemimpin-pemimin mereka bahawa segalanya telah siapsiaga bagi menghadapi pilihanraya PRU13 ini.
            Pas juga katanya begitu. Tetapi, Pas dan rakan-rakan sekutunya dilihat memperhebatkan langkah dan pencak kerana bimbang dengan beberapa tindakan psikologi, fizikal dan material yang yang dilangsungkan oleh kerajaan di bawah tema "Janji Ditepati" akan memberikan bala kepada parti itu yang terlalu banyak berbohong sebelum ini.
            Keghairahan semakin memuncak apabila akar umbi Pas mahukan Hadi Awang menjadi Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU13 nanti sementara puak DAP pula mahukan papa hebat Anwar Ibrahim.
          Kena fahamlah mengapa Pas mati-mati tidak mahukan Anwar jadi PM. Bermakna, Pas sebenarnya memang geli dengan Anwar. Selama ini Pas sengaja buat 'under-cover'  bila kerajaan atau BN mendedahkan pelbagai skandal tentang Anwar hanya semata-mata demi rakan kongsi dalam satu pakatan yang memalukan.
            Tun Mahathir dalam ulasannya terhadap perebutan jawatan PM itu berkata Karpal Singh lebih layak untuk menerajui negara ini jika PR menang PRU13 nanti."Bagilah dia, diapun dah lama tunggu...", katanmya
            DAP memang mahukan melayu tetapi bukanlah daripada suku sakat Pas untuk jadi PM. Dia pasti takut Pas akan gunakan kedudukannya nanti untuk potong lancau semua orang cina. Jadi, DAP pilih Anwar - pemimpin berkalibar, kacak, liberal dan serba boleh termasuk dalam urusan agama.
            Apapun, prinsipnya DAP masih perlukan orang melayu jadi PM sebagai strategi halus orang Cina untuk menguasai Malaysia. Kaedah ini telah terbukti berlaku di Singapura. Dan kita sedia maklum, DAP dan PAP (Singapura) adalah ibarat adik abang.
            Kalau masih ingat, selepas Lee Kuan Yew berjaya merentap Singapura daripada persekutuan Tanah Melayu, ketika itu penerimaan orang melayu Singapura terhadap kepimpinan orang cina selaku PM masih belum mencapai 100%. Menyedari hal itu, Lee Kuan Yew, dengan hati terbuka melantik Yusof Ishak ditabalkan sebagai Presiden Singapura pertama. Kira-kira tarafnya macam YDP Agong laa..
            Dan, itulah satu-satunya melayu yang pernah memegang jawatan tertinggi itu di Singapura manakala selepas habis tempoh perkhidmatan Yusof, sehinggalah ke hari ini tiada lagi melayu yang diberi peluang olehLee Kuan Yew atau PAP untuk mengepalai Singapura.
            Nah, inilah yang akan dan sedang digarap oleh DAP dalam usahanya untuk mengsingapurakan Malaysia. Meranapkan hak-hak dan keistimewaan orang melayu, kedudukannya serta raja-rajanya. Percayalah gambar YDP Agung pertama tetap tertera di mata wang Malaysia jika DAP mengambil alih negara ini sebagaimana wajah Yusof Ishak yang diabadikan sampai kini di mata wang Singapura.
            Kesudahannya, apa sudah jadi dengan Melayu di negara itu? Bagaimanakah rupa bentuk pergerakan memartabatkan syiar Islam di negara itu sekarang berbanding dua tiga dekat sebelum ini?
            Generasi hari ini mungkin sukar membayangkan atau memahami dengan jujur sinario itu sebab pentadbiran Lee Kuan Yew telah membuat banyak 'pembetulan' dalam naskah sejarah tanah air Singapura.
            Justeru, jika orang melayu sudah bersedia untuk disejarahkan seperti melayu singapura, silakanlah. Berilah sokongan padu kepada DAP dan kuncu-kuncunya. Ingat, sesal dulu pendapatan sesal kemudian punah ranahlah kita...
            Mengapa melayu susah sangat nak meyesal dahulu? Sebab, dalam mindanya kering dengan sejarah lampau yang tulen.

Jagindas: Pong pong along..



1 ulasan:

  1. nafsu beb! semuanya kerana nafsu. apa-apa sekalipun jika bertuankan nafsu akan hilanglah akal yang mulia. Benarlah seperti apa yang pernah jagindas tulis sebelum ini betapa akal yang sempurna itu mengatasi ketinggian ilmu.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.