LEE CHEE LEONG |
Anggota Diminta Sentiasa Siapsiaga
ANGGOTA rela dan rakyat di negara ini
diminta menjadikan peristiwa di Gaza sebagai contoh betapa pentingnya rakyat
sesebuah negara menghargai nilai perpaduan dan keamanan serta kestabilan politik demi kesinambungan
kesejahteraan masa depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee
Leong.
Beliau
berkata demikian diperasmian majlis Pemimpin Bersama Pasukan Sukarelwan
Malaysia (Rela) dan Penyerahan Pakaian Operasi Rela Daerah Kampar, di Dewan SJKC
Thong Hon, Tanjong Tualang, di sini, semalam.
Sehubungan
itu, katanya sumbangan Rela dalam program pencegahan jenayah semakin diperlukan
bagi memastikan negara terus berada dalam keadaan selesa dan selamat.
"Kerajaan
amat terhutang budi kepada setiap anggota Relawan dan Relawati yang tanpa
mengira penat lelah serta resiko sanggup berkorban demi menjaga keamanan
negara," katanya.
Beliau
berkata, ketika ini kira-kira 15,300 anggota terlibat dalam aktiviti pencegahan
jenayah bersama pihak berkuasa lain manakala 3,000 lagi terlibat dalam program
rondaan pencegahan selain daripada mengawal keselamatan di sekolah-sekolah dan
depo-depo tahanan pendatang asing.
"Anggota
Rela perlu membantu kerajaan dalam memastikan kestabilan harmonian negara bagi
menjamin pelbagai dasar dan progran pembangunan dapat dilaksanakan dengan
lancar serta mengikut jadual"
"Dalam
tempoh terdekat ini kerajaan mensasarkan menerima keanggotaan Rela yang berusia
antara 18 dan 40 tahun seramai 2 juta orang menjadikan jumlah angota pasukan
itu melebihi 3 juta", katanya.
Sehubungan
itu juga, Chee Leong, meminta semua anggota Rela meningkatkan kerjasama sesama
anggota dan unit-unit serta memastikan setiap mereka menyokong dasar kerajaan
sedia ada, berikutan banyak lagi program yang sedang dirangka oleh kerajaan
untuk pasukan sukarelawan itu.
Sementara
itu, di majlis yang sama, Pengarah Rela Perak, Khairiri Abu Hasan, dalam
ucapannya meminta setiap anggota Rela sentiasa siap sedia berikutan tugas pasukan
itu kini semakin bertambah dan mencabar.
Jagindas: Siapsiaga!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.