Nombor Giliran Hanya Gimik
AGAKNYA apa sudah jadi dengan bank RHB
cawangan Kampar.??
Seorang
usahawan muda memberitahu penulis beliau sudah banyak kali terkena dengan bank
tersebut di mana beliau mendakwa mendapat layanan yang buruk ketika setiap kali
berurusan dengan bank berkenaan.
Katanya,
ketika berurusan pelanggan cuma ada dua orang tetapi beliau terpaksa menunggu
lebih setengah jam untuk membolehkan dia memasukkan wang ke akaunnya. Itupun
setelah beliau berkeras ke kaunter!
Apa
yang brlakunya, kaunter yang dibuka hanya dua sahaja. Dan ke dua-dua kaunter
berkenaan asyik melayan taukeh-taukeh yang tidak mengambil nombor giliran. Di samping
itu mereka juga asyik melayan taukeh-taukeh tersebut dengan pelbagai sembang di
luar urusan menyebabkan dia terpaksa menunggu begitu lama. Membuang masa!
Kelmarin,
setelah dia mengugut untuk melaporkan keadaan pengurusan bank berkenaan ke
pihak atasan (kebetulan beliau memang kenal orang kanan RHB di pusat), seorang pegawai
datang memujuknya supaya tidak berbuat demikian.
"Saya menyebut satu nama besar untuk
melaporkan kerenah mereka itu. Pegawai terbabit terus mendekati saya dan
terkejut bagaimana saya boleh kenal pegawai kanan tersebut lantas meminta saya
supaya tidak melapor kerenah mereka itu kepada pegawai berkenaan," katanya.
Kalau
sudah macam itu gaya pengurusannya, tidak payahlah pelanggan susah payah
mengambil nombor giliran. Pihak bank hanya perlu paparkan papan tanda menyebut:
"Yang
Dikenali Dan Yang Diut Banyak Dilayan Dahulu"
Nampaknya,
bank dengan pelanggan pun ada politik juga! Habislah...Itu baru bank. Kita
harap selepas ini tidak pula kita dengar hal yang sama berlaku di kaunter-kaunter
kerajaan atau syarikat-syarikat GLC yang lain.
"Rakan-rakan
didahulukan, yang lain-lain pi mampus lah.." a gaknya ini amalan yang
diamalkan mereka dan amalan sebinilah juga yang memporak perandakan politik
tanah air !
Jagindas: Ada apa-apa
kut.... kut laaa... mana tau! Dunia beb!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.