Hehe...,AES dipasang tidak senget. |
Tajuknya AES Saman Pemandu,
Bukan Pemilik
Kenderaan, Ye ke?
RENCANA di akhbar Utusan Malaysia bertarikh:
05/12/12/rencana p.11/ atau klik di sini menarik minat penulis untuk membuat respon terhadap kandungan
kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ, Datuk Solah Mat
Hassan. Penulis pun ada soalan juga yang barangkali terlupa wartawan Utusan hendak
tanya beliau meskipun penulis telah menulis hal yang hampir sama di
sini
Apapun,
OK lah Datuk Solah. Betullah apa yang Datuk cakap itu. Penulis malah orang
ramaipun boleh terima jika projek berkenaan berteraskan untuk mendisiplin
pemandu dan demi menjadikan jalan raya dan bandar kita selamat untuk dilalui dan
di huni. Dalam bab ini kita bercakap tentang pemandu. P E M A N D U.
Namun,
macam manapun penulis hendak ingatkan juga bahawa yang hendak dikenakan
tindakan saman itu adalah pelakunya yang kemudian disebut pesalah. Dan, bagi
kenderaan ia adalah dirujuk kepada pemandunya. Sekali lagi, PEMANDU.
Soalan
pertama: apakah kamera itu (AES mahupun kamera polis) membaca data
pemandunya? Jadi, apakah saman tersebut tepat kepada pemandunya? kerana, tidak
semestinya kereta berkenaan dipandu oleh pemiliknya sendiri yang mana kenderaan
itu didaftarkan.
Soalan
kedua: jika ada kaedah mengesan pemandu sebenar, apakah data kesalahan kereta
berkenaan dapat dibatalkan atau dipadam, kerana ia akan memberi risiko kepada rekod
pemanduannya.
Kita
kerap mengatakan bahawa sesuatu program atau projek itu telah dihalusi dengan
sebaik-baiknya sebelum ia dilaksanakan. Mengukuhkan alasan itu, kita mengatakan
bahawa kajian juga dibuat berdasarkan negara-negara luar atau negara maju lain
yang telah melaksanakannya.
Soalan
ketiga: semestinyakah apa yang dibuat di negara maju itu memang betul-betul
bagus. Atau, oleh kerana mereka adalah negara maju, langsung minda kitapun menganggap
semuanya pun bagus-bagus.
Soalan
ke-empat: mengapa tidak sempat-sempat hendak laksanakan juga?
Jagindas: Mana ada
keluar tajuk bang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.