Pemilik Kenderaan Atau Pemandu
MALAM SEMALAM, penulis bertemu dengan
rakan-rakan untuk membincangkan suatu perkara. Selesai sahaja kerja kami itu,
biasalah bagi mengisi ruang yang sambil menghirup teh tarik, kami beralih kepada
pelbagai topik lain. Ada kisah yang terkini dan ada juga kisah-kisah yang
nostalgia.
Namun,
dalam banyak-banyak topik itu,penulis berminat kepada masalah saman ekor. Ini
cerita lama dan boleh dikatakan cerita basi. Kerajaan pun nampaknya flip-flop
tentang hal ini. Ada suatu ketika macam kata hendak dihapuskan sahaja sistem
saman ekor tersebut, namun lepas itu kembali diperketatkan atas alasan demi
mendisiplinkan pemandu kenderaan di jalaan raya.
Ok, betulah tu. Malah penulis amat setuju atas
dasar keselmatan dan disiplin berkenaan. Tetapi, yang rakan penulis persoalkan
adalah kes saman ekor yang berlaku sekarang di dakwa mereka ia tidak tepat
kepada sasaran sebenarnya, iaitu saman ke atas pemandu.
Ini
kerana, kalau kita rujuk kepada yang hendak didisiplinkan adalah pemandu dan
bukan kenderaannya. Makanya, yang wajar menerima saman adalah orang yang memandu
ketika itu.
Namun,
apa yang berkaku adalah saman yang dikenakan adalah berdasarkan kepada pemilik
kenderaan apabila data yang dirakam merujuk kepada nombor pendaftaran kenderaan
terbabit.
Malang
sekali, jika ketika itu yang melakukan kesalahan (lebih had laju misalnya) bukan
pemilik sebenar yang membawa kenderaan tersebut tepai saman yang tertera adalah
atas nama pemilik kenderaan BUKANNYA si pemandu berkenaan.
Persoalannya,
adakah kerajaan (atau pihak terbabit) mendapati tindakan ini: Pertama, adilkah
tindakan saman itu kerana pemilik sebenar kenderaan tidak melakukan kesalahan
tersebut pada ketika itu kerana keretanya di pandu oleh orang lain. Kedua,
berdasarkan mksud saman adalah kepada "manusia" yang memandu, bukan
kereta yang dipandu, maka saman ekor amat dirasi sebagai satu penganiayaan
kepada orang lain iaitu pemilik kenderaan tersebut berikutan dia bukanlah
"pemandu" yang dimaksudkan.
Kalau
ada jawapan mengatakan, pemilik kenderaan wajar meminta pemandu (peminjam atau
pembawa) kereta berkenaan membayar saman tersebut, ini memang boleh dilakukan
meskipun ia akan menimbukan sedikit ketegangan antara pemilik dengan peminjam tetapi
bagaimana pula dengan masalah catatan rekod kesalahan jalan raya berikutan
rekod saman tetap dinamakan sebagai pemilik kenderaan!
Lagi
pun, tindakan seumpama itu secara tidak langsung mendidik masyarakat menjadi
kedekut, bakhil, sombong dan tidak bertimbang rasa sesama rakan-rakan atau
jiran apa lagi jika mereka (jiran dan rakan-rakan) memang tersangat perlu meminjam kenderaan
ketika itu atas pelbagai sebab.
Kalau
alasannya saman dimaksudkan ke atas kenderaan, maka dari segi logiknya bolehkah
kenderaan itu bergerak tanpa pemandunya?
Justeru,
kerajaan perlu memansuhkan saman ekor kerana ia tidak realistik dan lebih cenderung
kepada penganiyaan terhadap pemilik kenderaan sebenar. Bagi penulis dan rakan-rakan sistem "Road Block" lebih baik daripada kamera hendap kerana ia
tepat kepada sasarannya iaitu pemandu kenderaan terbabit. Adil dan saksama.
Saman dan denda tepat kepada yang melakukan kesalahan bukan kepada pemilik
kenderaan.
Rasa-rasanya,
kalau inilah natijahnya maka kamera AES juga pun akan hadapi masalah sama...
Jagindas: Apa pula pandangan saudara-saudara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.