GAMBAR HIASAN: kubur zaman purba |
Dulu Pun Kamu Bukannya Baik Sangat...
SAMBIL-SAMBIL menatap surat khabar sebentar tadi, tiba-tiba penulis teringat cerita rekaan lagenda
yang pernah saya dengar ketika zaman remaja dulu. Ia diceritakan oleh seorang guru
veteran. Barangkali dia sudah meninggal agaknya... Lama dah..
Beliau
menceritakan pada suatu masa dulu ada sekumpulan manusia yang tidak dikatahui agamanya
sedang mengkebumikan salah seorang kerabat mereka yang telah meninggal dunia.
Kononnya,
selesai saja menimbus tanah kubur tersebut maka ketua kaum itupun membacakanlah sesuatu yang
seakan-akan talqin bahkan intonasi bacaannya pun macam tok-tok imam kita
membaca talqiiiinnnnn. Al-kisahnya;
"WAHAI, sahabatku di bawah, nanti
apabila kami balik, tinggallah kamu seorang diri. Nanti, tidak berapa lama
lepas itu akan datang beberapa orang mengejutkan kamu dan ketika itu kamu
hendaklah duduk. Kalau gelap, pasanglah lilin yang kami tinggalkan bersama sekotak
mancis api.
"Jangan
bangun sebab, ruang kamu di bawah ini sempit sangat. Jangan pulak takut. Jawab
apa yang dia tanya. Cakap terang-terang dan jangan panik. Jangan menipu
jawapan. Kalau kamu pernah mencuri katakanlah ya. Kalu kamu pernah rogal orang,
katakan ya. Kalau kamu pernah bantu orang, besar-besarkan cerita itu..Ingat!
jangan tipu dia. Dia sangat tahu sama ada kamu tipu atau tidak.
"Kalu
kamu jawab tak betul atau tipu, dia akan pukul kamu. Jangan pulak kamu lawan
atau marah. Kalau dia maki-maki kamu, jangan pulak kamu balas maki dia. Tapi,
kalau kamu buat kerja-kerja yang tak baik semasa hidup dulupun, dia akan pukul kamu!
"Jangan
marah atau gundah hati sebab kamupun kena ingat juga, masa kamu hidup dulu, kamupun bukannya baik sangat. Jadi, terima saja la....ok?
Kami balik dulu, selamat tinggal..."
Doa
atau talqin pun habissssss...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.