GAMBAR HIASAN |
Koperal Jenain Subi Bebas
BERITA lanjut di
sini. Bagi penulis, mahkamah telah berlaku adil. Jika ada ruangnya dalam sistem
perundangan kita, Kpl Jenain dicadangkan supaya menyaman ibu bapa arwah Amirulrashid
kerana telah memberikan kesusahan kepada penjawat awam tanpa melihat kesalahan
sendiri terlebih dahulu.
Penulis,
walaupun bukan pengamal undang-undang,
sejak awal-awal lagi memang memihak agar polis terbabit, Koperal Jenain Subi,
tidak disabitkan kesalahan jenayah atas sifat tugasnya ketika itu dalam keadaan
serta suasana itu - berdasarkan rentetan laporan akhbar.
Pun
begitu, dalam undang-undang kita ada menyebut bahawa tindakan undang-undang
juga boleh diambil kepada pemilik kenderaan bermotor yang membenarkan (sama ada
secara cuai atau sengaja) orang yang tiada kelayakan sah memandu kenderaannya.
Jelasnya,
dalam kes Amirulrashid ini yang ketika itu berusia 15 tahun, pastilah dia tidak
memiliki sebarang lesen memandu. Bermakna, pemilik kenderaan tersebut (mungkin
ibu atau bapanya) telah dengan secara cuai atau sengaja membenarkan anak mereka
memandu kenderaan tersebut tanpa lesen memandu atau kelayakan yang sah. Kalau
kereta itu telah dicuri, kena rujuk kepada aduan kecurian. Ada?
Justeru,
bagi mendidik ibu bapa dan pemilik kenderaan bermotor lain supaya tahu hak
mereka terhadap kenderaan mereka serta resiko-resiko berkaitannya, maka
kerajaan yakni polis dan JPJ wajar mengenakan tindakan terhadap pemilik
kenderaan terbabit. Mandatori! Barulah semua pemilik kenderaan ada akal!
Ini
kerana, ramai ibu bapa di luar sana yang mencurahkan kasih sayang kepada
anak-anak mereka dengan mempertaruhkan resiko yang bukan-bukan!
Jagindas: Bila buat
tindakan nanti, jangan lupa panggil media
1) maka bapa pon tak tahu anak keluar jam satu pagi (salah siapa).
BalasPadam2) memandu tak ada lesen?
3) mencurigakan pihak polis.
4) lari dari polis dan laggar kereta lain lagi.
5) bila penjenayah lari dan tidak berhenti setelah diarah, polis terpaksa lepaskan tembakan. BUKAN KAH??
itu lah dia, ujung pangkalnya mak bapak kena tengok cermin dulu sebelum salahkan orang lain. jangan jadi macam "anakku sazali"..., bapak tauuuu..
Padamkes ni seperti dah terang lagi bersuluh. ha ha waste my time kata omputeh. ha ha
BalasPadam