Ramai Terkeliru Akibat Tak Tahu...?
TIBA-TIBA
sahaja, beberapa hari lepas sekali lagi umat Islam di negara ini dikejutkan
dengan kisah-kisah penghinaan yang menghina kesuciaan agama itu khususnya ketika menyentuh Ramadhan al-mubarak
ini. Bukan sahaja DATANG daripada kalangan orang bukan Islam bahkan juga
penghinaan itu turut datang daripada orang Islam sendiri!
Apabila kes serupa ini timbul
(bermain dengan anjing) rata-rata pihak yang terbabit dan yang menyokong
perbuatannya itu berkata di negara lain seperti Arab dan negara balkan, anjing
boleh keluar masuk rumah tanpa larangan.
Tambah pandai lagi, konon menurut
mereka tidak menjadi kesalahan atau terjatuh hukum najis mughalazahnya jika
antara haiwan dan manusia itu sama-sama dalam keadaan kering.
Hendak salahkan siapa? Adakah
dakwaan mereka itu salah? Mereka cuma mengulangi apa yang mereka baca daripada
buku-buku agama yang tersebar di seluruh dunia dan perbuatan yang dilakukan
sendiri oleh umat Islam di beberapa negara lain di dunia terhadap haiwan itu.
Sedang, mereka sendiri tidak tahu apa latar belakang pengarang buku itu. Apa
mazhabnya? Apa aliran atau fahamannya? Sebagai contoh pengarang yang bermazhab Imam
Maliki tentulah menulis berdasarkan imam tersebut.
Itulah yang orang tua-tua kata dalam
bab agama ini belajar hendaklah berguru, tidak boleh main baca dan ikut-ikut
sahaja. Guru itu pula hendaklah seorang yang sahih pendidikan yang diterimanya.
Guru yang kenal jelas mazhab yang empat. Dan, kalau di Malaysia (Asia)
seseorang guru itu hendaklah lebih maklum serta bermazhab Asy-Syafie.
Apabila Islam berpecah kepada empat
mazhab, rukun Islam serta kandungannya dan rukun iman serta kandungannya tidak
berubah tetapi berlaku sedikit percanggahan di beberapa bahagian kecil. Dan
kebanyakan isu-isu itu adalah lebih berkaitan dengan budaya setempat berkenaan
di mana imam-imam (mazhab) bekenaan mendapati ianya adalah wajar dihukumkan
begitu.
Misalnya, hal-hal yang berkaitan
dengan perkara yang membatalkan air sembahyang, puasa, hukum-hukum menyembelih,
bangkai dan bukan bangkai dan sebagainya. Tetapi apa-apa yang terkandung dalam
rukun dan syarat seperti sembahyang, haji, puasa dan zakat tetap sama.
Demikian juga anjing yang dihukumkan
Allah dalam sumpahnya sebagai binatang yang haram dan najis berat sama dengan
babi. Pertelagahan mazhablah yang timbulnya pelbagai dakwaan terhadap
menyentuh, memegang dan memelihara haiwan berkenaan. Namun, haiwan itu tetap
najis berat dan haram dimakan kecuali dengan sebab-sebab darurat.
Penulis masih ingat, masa
budak-budak dulu, guru agama penulis ada menyebutkan beberapa perkara tentang
hukum tertentu dengan katanya seperti ini:
"....bagi mazhab kita (Shafie), meskipun sama kedua-duanya (anjing dan
manusia) itu kering zahirnya, namun apabila tersentuh hendaklah disamak juga. Ini kerana Imam Shafie berpendapat tidak dapat dipastikan antara
kedua-dua kulit atau salah satu daripadanya itu bebas dari peluh. Namun bagi
mazhab lain, ia dibolehkan atas sebab-sebab yang munasabah bagi mereka..."
Padahal, masa itu kami belum tahu
apa itu mazhab yang empat. Namun jelaslah, bahawa hukum itu terpakai dan wajib
dipakai bagi semua penganut Islam dalam mazhab shafie. Inilah yang penulis rasa
berlaku kepada umat Islam hari ini di mana mereka belajar banyak perkara dan
membaca banyak benda tetapi tidak faham sudut pandangan dan hukum menurut
mazhab yang berbeza.
Itulah sebabnya, sebagai contoh
umum, untuk menunaikan haji, makanya jemaah Islam dari mazhab Shafie diajar
bagaimana untuk masuk masbuk ke mazhab yang lain untuk 'sementara' dalam tempoh haji (yang dibenarkan Islam). Jika tidak,
susahlah kaum mazhab shafie untuk menunaikan haji khususnya dalam bab menjaga
air sembahyang.
Namun, begitu tidaklah boleh mereka
(jemaah) itu sewenang-wenangnya menukar-menukar mazhab atau mencampur adukkan
ajaran mazhab apabila kembali semula ke tanah air atau dirantau pemastautin
asal mereka.
Ini pernah berlaku kepada seorang
guru agama yang mendapat pendidikan di Mesir. Cerita terpecah apabila dia
membenarkan sembahyang jamak dalam keadaan tidak cukup marhalahnya. Lalu,
apabila ditanya kenapa jadi begitu, beliau memberi tahu, sepanjang dia empat
tahun di Mesir dia kerap membuat sembahyang jamak meskipun jarak antara
asramanya dengan dewan kuliah hanyalah beberapa meter. Konon katanya,
orangorang di sana boleh berbuat demikian... Wallahhuallam apakah benar begitu?
Apapun, katakanlah benar sekalipun.
Itu mungkin terpakai untuk mereka yang bukan bermazhab Shafie. Namun setelah
dia kembali ke Malaysia, makanya dia sepatutnya kembali terikat dengan
syarat-syarat marhalah yang sebenar. Tidaklah boleh dicampur aduk hanya untuk
kepentingan diri semata.
Penulis pun bukan ustaz apa lagi
memiliki tauliah. Jadi sekadar itulah sahaja untuk pedoman...Jika betul
pakailah, jika bersalahan, minta maaflah dan abaikan sahaja...
Jagindas: Wallahhu'allam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.