Jumaat, 11 Januari 2013

RENCANA: TELANJANG MENELANJANGI SEMAKIN RANCAK

Ikan adalah sumber protin yang mudah tetapi mahal......

Siapapun Yang Menang Nanti Sukar Duduk Selesa

OLEH KERANA akhir-akhir ini media kerap memainkan isu "kekhilafan"masa lalu pembangkang terutamanya parti Pas, rakan-rakan penulis sudah menampakkan "muak" untuk membincangkannya dalam beberapa siri perjumpaan kami.
            Sejak dulu lagi fenomena seperti itu memang biasa bagi setiap kali menjelang pilihanraya namun, cuma kali ini nampak berlebih-lebih lagi aksinya berikutan isu agama yang sememang sensitif dilihat mampu membuka minda pengundi.
            Begitu juga pelbagai kesilapan lalu yang dibuat oleh pembangkang turut dipercayai memberi "kredit" kepada Barisan Nasional (BN). Terbaru, wayang cina yang dibuat oleh parti DAP, turut dikatakan "makan diri" apabila skrip dan jalan ceritanya terlalu "kartun" untuk dipercayai menerusi isu CEC-nya (jawatankuasa eksekutif pusat).
             Penulis percaya setiap pejuang BN semestinya mengharap bahkan berkeyakinan isu-isu tersebut mendorong majoriti rakyat yang sebelum ini memihak kepada pembangkang akan beralih semula kepada BN. Penulis pun berharap "magic" itu akan terjadi dalam PRU13 nanti, InsyaAllah.
            Seperti biasa, puak yang menjadi pembangkang tegar tetap tidak menerima hakikat itu malah terus-terusan mengatakan bahawa isu sedemikian yang pada mereka tidak menjadi "kudis" sengaja dimainkan oleh kerajaan bagi mengelirukan rakyat.
            Begitupun, pandangan beberapa penyokong tegar parti itu ada baiknya dijadikan sempadan pemikiran semula. Menurut mereka, semua isu-isu berkenaan tidak akan mampu mengurangkan kepercayaan pengundi kepada pembangkang kerana rakyat sudah tidak kisah dengan isu-isu seperti itu.
            Katanya, mana-mana parti pemerintah pun sebenarnya pernah melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada disengajakan mahupun tidak sengaja. Menurutnya rakyat memahami kehilafan sering dilakukan manusia kerana itu sebahagian daripada fitrah hidup namun rakyat percaya sebarang kesilapan boleh diperbetulkan.
            Kalangan penyokong tegar pembangkang itu berkata, apa yang menentukan sokongan kuat rakyat terutama golongan atas pagar adalah apabila kerajaan dapat menyelesaikan masalah keperluan asas rakyat untuk hidup dan menyara keluarga.
            Dakwa mereka, sebagai contoh kerajaan sepatutnya menggunakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan subsidi barangan keperluan asas rakyat seperti ikan dan sayuran terpilih serta beberapa makanan asas pilihan seperti susu dan makanan bayi yang menjadi keperluan rakyat pertengahan dan ke bawah.
            BR1M yang diperkenalkan kerajaan setahun sekali sebanyak RM500 didakwa bukan penyelesaian. Demikian juga hadiah RM100 kepada anak-anak sekolah. Bahkan sumbangan RM100 akan diberikan setelah persediaan persekolahan anak-anak disediakan terdahulu oleh ibu bapa turut dipersoalkan. Ini  berikutan sumbangan kerajaan itu dikatakan untuk membantu meringankan beban awal persediaan persekolahan anak-anak.
            Akhir-akhir ini penulis kerap mendengar dan didengarkan puak-puak pembangkang malah juga menjadi dengusan penyokong kerajaan merasa begitu terhimpit untuk menyediakan keperluan asas keluarga. Ketidak mampuan keluarga memberikan diet seimbang yang diperlukan lebih merunsingkan apabila pendapatan hari ini tidak seimbang dengan harga barangan keperkluan asas yang disebutkan tadi. "Bukankan makanan asas itu adalah persediaan utama menyediakan anak-anak yang cergas dan berdaya?", soal mereka.
            Justeru, menurut mereka alangkah baiknya jika kerajaan menggunakan sumbangan yang berjuta hatta berbilion ringgit itu disalurkan sebagai meningkatkan subsidi barangan keperluan asas supaya rakyat dapat berbelanja dengan mudah dan selesa. Tindakan itu juga dakwa mereka bukan sahaja dirasai nikmatnya oleh golongan pertengahan dan ke bawah malah meliputi semua peringkat rakyatnegara ini.
            Dari sudut lain mereka berkata, langkah itu juga dapat memeriahkan lagi peniaga-peniaga kecil termasuk peniaga makanan berikutan kemampuan rakyat menyokong perniagaan mereka apabila peniaga terbabit berupaya menjual makanan mereka dengan harga yang lebih murah berbanding hari ini.
            Inilah yang faktor-faktor asas yang menghantui rakyat sekarang. Dan, inilah juga dilema yang sedang mengarang dalam fikiran mereka sama ada terus untuk menyokong kerajaan atau "mahu mengajar" kerajaan menerusi pembuangan undi nanti. Padahal, mereka sendiri sedia maklum, tindakan "mengajar" itu juga bukanlah penyelesaian totalnya.
            Sebagai contoh, sebuah keluarga di kampung yang mempunyai empat anak bersekolah dan pendapatan bulannya RM1,200 serta tidak meyewa rumah (duduk di rumah buruk pusaka) masih tidak mampu untuk menyediakan keperluan asas yang selayaknya untuk keluarga mereka, bagaimana pula keluarga seorang buruh yang dibayar gaji harian kurang RM25 sehari?
            Penulis melihat rungutan tersebut dari pelbagai sudut. Sebagai seorang bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan masih menanggung anak-anak bersekolah, membayar sewa rumah dan lain-lain utilitis, memang merasakan apa yang mereka dakwa.
            Namun, dalam soal memilih kerajaan ianya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sandaran sebagai gurauan atau eksperimentasi. Pun begitu, penulis terfikir juga bagi mereka yang jumlahnya berjuta orang tinggal di kampung-kampung, berapa ramaikan yang mampu berfikiran sedemikian? Kalau tidak, masakan dengusan-dengusan seperti itu semakin nyaring kedengaran!
            Di samping kita sedang menarik golongan muda untuk mengangkat martabat BN, jangan lupa golongan orang lama dan yang berkeluarga besar (biasanya di kampung-kampung) juga masih kuat menguasai undi. Kerana lebih merasai erti sebuah kehidupan yang kompleks.


Jagindas: Bertindaklah sebelum orang lain mengambil kesempatan, janganlah hanyut diheret isu-isu sahaja... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.