Rabu, 9 Januari 2013

AKHIRNYA TERSASAR...


Isu Kata ALLAH Dalam Kitab Bible Melayu

MEMANG sudah dijangka. Perkara seumpana ini pasti akan berlaku. Inilah yang orang tua-tua kata: banyak bercakap akan banyaklah berlaku salah....
            Heret punya heret, akhirnya tersasar. Inilah yang biasanya berlaku. Isu utama asalnya adalah majoriti umat Islam di negara ini membantah penganut agama lain menggunakan perkataan ALLAH dalam kitab-kitab mereka yang diterjemah dalam bahasa melayu sebagai menterjemahkan "god" atau "Tuhan" dalam kitab asal mereka dalam versi bahasa Inggeris.
            Bagi penulis isunya amat jelas. Orang bukan Islam tidak dilarang menyebut perkataan ALLAH dalam percakapan seharian mereka, malah kalau mereka nak menyanyikan sesebuah lagu yang ada perkataan Allah dalam senikatanya tidak dilarang.
            Apa yang ditegah sama sekali dalam konteks negara ini adalah menggantikan perkataan "god" dan "Tuhan" dalam kitab asal mereka kepada "ALLAH" dalam terjemahan melayunya.
            Justeru, tidak ada kena mengena dengan perkataan ALLAH yang terdapat dalam skrip lagu termasuklah lagu-lagu kebangsaan atau lagu-lagu negeri.
            Inilah yang penulis kata sudah tersasar. Dek terlalu banyak bercakap dan pemberatan hati untuk menyokong persetujuan dan sokongan sesuatu pihak maka si-pengucap hilang fokus.
            Memang, Tuhan sekelian alam adalah ALLAH. Kebanyakan agama di dunia seperti Kristian dan Sikh memang menyebut Allah sebagai tuhan mereka. Walaupun sebutannya agak "gelong" - ada sebut Alla dan ada yang sebut Ala namun, kita faham maksud dihatinya adalah Allah.
            Begitu pun, dalam konteks negara ini dan di negara ini dalam kitab-kitab agama atau apa-apa skrip atau manuskrip yang kandungannya khusus berkaitan agama, hanya agama Islam sahaja yang boleh menggunakan perkataan ALLAH manakala yang lain gunakankan perkataan TUHAN sebagai terjemahan daripada GOD.
            Yang melengkapkan syahadah itu adalah dua kalimah syahadat. Sebab itu Quran dan hadith itu dijadikan rujukan berikutan ia saling lengkap melengkapi. Yang ini tidak ada dalam agama-agama lain pun, kucuali ISLAM.
            Nak sebut perkataan ALLAH, sebutlah berapa kalipun.
           
            Jelaskan? Justeru, fahamilah isunya sebelum membantah mahupun menyokong!
                       

Jagindas: cuba baca apa kata ustaz Asri... di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.