Rakyat Wajar Selami Wasiat Khoo Chong Kong
SEORANG penulis yang juga
pemerhati politik tanah air, saudara Mokhtar Petah, ada menulis tentang catatan
pertemuannya dengan bekas Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong,
sehari sebelum beliau (Chong Kong) mati ditembak di Ipoh. Peristiwa itu turut
mengorbankan seorang pengiring dan pemandunya. Ketka itu Mokhtar adalah seorang
wartawan Berita Harian bertugas di Perak.
Antara
catatan beliau itu, penulis turunkan di sini secara salin dan tampal yang
penulis ambil daripada blog Mokhtar Petah sendiri:
Pada petang 11 November 1975, aku telah bertemu dan
bercakap dengan Ketua Polis Kontinjen Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, di Ipoh Club.
Percakapan kami mengenai pergolakan politik di negeri Perak, ancaman
pengganas komunis masih berlarutan, pembangunan rakyat dan beberapa perkara
yang menyeronokkan. Khoo telah meminta semua percakapan kami itu di ’off the record’kan kerana sebab-sebab tertentu.
Antara pendapat-pendapat Khoo Chong Kong yang masih
aku ingat, ialah:
+ Mengenai perpaduan rakyat; selagi
orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas menerima bahasa Melayu
sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakakan bahasa
mereka, maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan sempurna.
+
Agama Islam mestilah diterima sebgai agama negara, dan hukum-hukumnya
dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan perlembagaan mengenai agama
Islam. Pemahaman mengenai Islam agama rasmi negara hendaklah diberi
fahaman kepada semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduan antara
rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh.
+ Tidak ada cara yang lebih
baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan dengan Islam
dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir
bandar.
+ Kerajaan Pusat dan semua
Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan
rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka
yang berkecimpung dalam arena politik.
+ Untuk meninggikan moral semua
rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur
menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media
cetak.
Hanya berselang sehari semalam, iaitu pada waktu lepas
makan tengah hari pada 13 November 1975, Khoo Chong Kong telah mati ditembak
oleh dua orang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menunggang motosikal,
di garisan lampu isyarat simpang Fair Park dengan Jalan Anderson, dalam Bandar
Ipoh. Turut terbunuh, pengiringnya, Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu
keretanya.[1](Mohd. Reduan Haji Asli, Pemberontakan
Bersenjata Komunis di Malaysia.)
Sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia,
Khoo Chong Kong adalah bekas aktivis Parti Komunis Sarawak (PKS). Sebelum
menyertai pasukan polis, dia telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Jagindas: Sayang
sekali kerana dokumen ini tidak dicetak ketika Khoo masih hidup kerana menurut
Mokhtar Khoo sendiri tidak mahu perbualannya disiarkan di akhbar ketika itu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.