Siapa Dan Kementerian Mana Pula Selepas ini!
DULU PUN lagi kejadian seumpama
ini pernah berlaku. Ketua Polis Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, juga
pernah ditembak mati di persimpangan lampu isyarat di bandar Ipoh di sini. Turut mati
adalah pengiringnya berpangkat sarjan. Kalau tidak silap, masa ini negara masih
lagi dalam usaha keras membanteras gerakan komunis Malaya.
Akhbar hari ini melaporkan:
*Tkp Kastam ditembak mati di
sini
*Pembunuhan Shaharuddin: PM mahu siasatan
segera di
sini
*Pasukan khas siasat kes bunuh
Shaharuddin - KPN di
sini
*Saya percaya ada kaitan dengan tugas -
Roslan di
sini
Barangkali, apakah kejadian
seperti ini ada kaitannya dengan Malaysia yang semakin gemar dijadikan penjayah
sebagai point transaksi dadah antara bangsa. Marah kerana aktiviti mereka
dihalang makanya tindakan sebegitu diambil? Bagaimana
pula dengan kemasukan pendatang asing, peremis-perimis judi haram adan
macam-macam niaga haram lagi. Kita lebarkan lagi skopnya, apakah juga gerakan
samseng seperti ini menyebabkan pengusaha-pengusaha dan pemadu-pemandu lori muatan
berat semakin berlagak di jalan raya dan dilebuh raya? Apakah samseng sepert ini
menyebabkan penguatkuasaan undang-undang agak sukar untuk dilaksanakan di
negara ini?
Kejadian
semalam sesungguhnya mengundang pelbagai persoalan di khalayak yang tidak mampu
dijawab atau dirungkai oleh orang biasa. Dan pembangkang, mengapakah asyik
menampakkan kelemahan kerajaan semata tanpa sedikit pun menyalahkan masyarakat
umum?
Kepada
semua penguatkuasa daripada atas hingga ke bawah, jangan takut menjalankan
tugas anda. Bertegaslah kepada sesiapa sahaja hatta anak sendiri jika mereka
menyalahi undang-undang negara. Jangan takut, kerajaan akan terus melindungi
kamu. Sesungguhnya, keselamatan dan ketenteraman rakyat amat bergantung kepada
tugas tuan-tuan.
Jagindas: Al-Fatihah
buat Shaharuddin Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.