Isnin, 29 April 2013

CAKAP-CAKAP PRU13 (50) : SEMOGA MEREKA TERSUNGKUR HENDAKNYA!

Menambah Seri Kemenangan BN
Bacalah di air mukamereka masing-masing....
RONDA-RONDA ke beberapa kawasan pilihanraya sambil melihat gelagat petugas dan penyokong parti 'memeriahkan' pondok dan kempen masing-masing adalah antara aktiviti yang menghiburkan untuk tempoh dua minggu ini. Ada macam-macam gaya dan cerita di sana.
            Yang kelabu masih kelabu, yang hitam masih hitam malah bertambah pekat manakala yang putih bersih terus menyerlah menyinari alam semesta. Demikianlah yang penulis gambarkan tiga kategori pemikiran yang ada dalam kelompok-kelompok pengundi ketika ini. Ramai juga yang belum buat keputusan. Nak tunggu 5 Mei,katnya.
             Masing-masing sudah di garisan. Referi sudah menyuarakan 'sedia'. Huh, lambat benarlah pulak rasanya wisel nak ditiup. Tak sabar dah. Tetapi kena tunggu juga 5 Mei, 2013 jam 8.00 pagi. Ibarat main bola, penjaga gol sedang terkinja-kinja ke kiri ke kanan tak henti-henti membayangkan bagaimana bola menerjah. Alangkah gempitanya bila bola masuk gol. Gol! Gol!....Meriahnya penonton bersorak keseronokan. Tapi awas, jagalah tertib jangan sampai terbabas!
            BN kata optimis menang. Tan Sri Muhyiddin kata BN akan terus memerintah dengan jumlah kerusi BN agak menggalakkan. Apakah maksud 'agak menggalakkan'  itu kurang pastilah pulak penulis. Kata rakan penulis, tidak bolehkah kata, BN akan terus kekal dengan jumlah kerusi yang membanggakan. Tak apalah, kadang-kadang tersasul, kadang-kadang terlalu berhati-hati, kadang-kadang pula reporter tersalah dengar. Small matter yop!
            Ditanya dipihak BN, mereka mendakwa kesedaran pengundi terhadap betapa pentingya BN menang kuat nampaknya semakin meningkat. Malah, penyokong kuat BN mahu dan teramat mengidam untuk melihat Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim (anak beranak), Karpal Singh (anak beranak), Hadi Awang dan Nik Aziz (anak beranak) tersungkur kali ini.
            "Alangkah indahnya jika keputusan PRU13 nanti memihak kepada BN. Kemenangan itu akan bertambah berseri jika Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim anak beranakKarpal Singh anak beranak, Hadi Awang dan Nik Aziz anak beranak turut tersungkur menyembah bumi kali ini", kata bisik-bisik di celah-celah suara kempen mengempen sesama orang-orang BN.
            Bagusnya hati orang BN it. Mereka tidak mendoakan orang-orang kuat pembangkang itu mati atau mampus. Itu kerja tuhan, katanya. Dia pun tahu Allah tidak suka umatnya mendoakan yang tidak baik kepada orang lain. Apa yang mereka hendak lihat adalah orang-orang kuat pembangkang itu kalah teruk kali ini. Itu sahaja.
            Penulis angkat topi dan ucap syabas budak-budak BN yang penulis jumpa itu, kerana walaupun mereka masih berdarah muda tetapi pemikirannya rasional dan mereka memahami itulah dia politik dan dem0krasi yang sebenarnya.
           

Jagindas: Mengimpikan 222 kerusi parlimen hanya untuk BN.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.