Gambar Hiasan...Tunggak Pimpinan negara |
Sana Sini Warga Asing, Eksyen Pulak!
SERONOK
juga sesekali keluar temui rakan-rakan sambil minum petang. Bila dah lama tak
bertemu, macam-macam pula ceritanya. Namun, dalam banyak-banyak cerita itu,
penulis tersentuh dengan keluhan seorang rakan yang mengeluh kononnya dia kini
agak rimas berada di kampung, bandar dan negaranya sendiri. Sebenarnya bukan
dia seorang..Ramai lagi yang memendam rasa!
"Usahkan
di bandar, di kampung juga sekarang ini berlambak dengan pendatang asing (PA).
Entahkan sah entahkan tidak, tak tahulah pulak. Imegresen dan polis sahajalah
yang tahu. Tapi nampaknya, pihak yang berkaitan nampak OK saja. Agaknya, OK-lah
tu kut..
"Lambakan
PA tu satu hal. Kurang ajar dan biadap satu hal. Terutamanya puak-puak
Bangladesh. Dia tak kira anak dara ke, bini orang ke, janda ke. Semua nak
dihaumnya! Dah pulak tu, dengan penduduk tempatan bukan main sombong. Jalan pun
mendada. Eh, cakap pun boleh menengking. Konon-konon tak faham sangat bahasa
orang di sini. Piiirraaahhh! Kalau parking kereka di taman perumahan macamlah
emak bapak dia punya Malaya ni.
"Nak
di jelepok kepalanya, comfirm kitalah yang akan dipersalahkam nanti. Hati geram
penuh menyampah. Memudahkan untuk dapat penyakit darah tinggi dan jantung kalau
terus-terus begini. Yang datang bermaharaja lela, tuan tanah pulak merana
sengsara! Apa benda ni?
"Ada
seorang bangla tu, kawin dengan orang tempatan. Dah kaya raya pun. Dia impot
ramai kaum kerabatnya dari Bangla. Siap asrama lagi. Naik motosikal dahlah tak
pakai topi keledar, bawak bertiga pulak tu!
"Pandai
dan bijaksana Bangla ni. Tup-tup dengar cerita dah dapat kad pengenalan merah
(taraf penduduk tetap - PR). Siap buat pengumuman dalam satu majlis kenduri
kesyukuran. Konon-konon orang tempatan tak boleh kacau lagi la... sebab dia
sekarang pun dah macam rakyat juga! Aik! mudahnya.
"Nak
kata setiap hari, itu buat bohonglah, tapi boleh dikatakan hampir setiap hari
kereta peronda akan masuk terus menuju ke banglo Bangla ni. Kadang-kadang
sampai dua kali - sekali siang dan sekali malam. Rehat-rehat sekejap lepas tu
belah. Ada apa ek?"
Demikianlah antara keluhan rakan
penulis itu......Itulah sebabnya dia menyifatkan ketika ini tinggal di Tanah
Melayu ini pun dah tak seronok. Rasa tak tenteram, rimas dan libang libu.
Namun, nak buat macam mana. Nak lari ke mana lagi.
Barangkali, dalam lingkungan 20
tahun lagi, keahlian UMNO mahupun PAS dipenuhi oleh Melayu keturunan Bangla dan
Indon. Agak-agaknya, kumpulan itu nanti kentalkah jati diri Melayunya, ek?
Apapun, mereka itu beragama Islam. Dan, marilah kita bersatu di atas satu
pentas, satu agama iaitu Islam.
Kononnya, salah satu punca kelemahan
pertahanan negara sehingga mencetuskan serangan pencerobohan tentera Kiram
baru-baru ini adalah dek kealpaan kita mengawasi keluar masuk pendatang asing
sehingga bukan sahaja mereka mencari makan di Malaysia bahkan begitu bersahaja
bertapak dan mengukuhkan kekuda mereka.
Pengelaman sudah ada, pengetahuan
pun pun sudah banyak. Maka, inilah yang orang tua-tua kata, kalau tak
faham-faham juga lagi, "tepuk dada tanya selera".
Dan.......
Jagindas: Cakap tak kena, tak
cakap pun tak kena. Hanya imegresen, polis dan SPRM sahaja yang boleh dapatkan
bukti. Apa-apa hal pun kena ada bukti yop! Kita apa ada.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.