Tok Him |
BARU-BARU
ini khabarnya Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) telah mengadap Perdana
Menteri (PM), Datuk Seri Najib, bagi menyuarakan kebimbangan orang Melayu dalam
banyak hal yang menyentuh isu politik, pendidikan, sosial, budaya, agama dan
ekonomi orang Melayu. Ini berikutan pelbagai hal yang tidak senonoh dilakukan
oleh banyak pihak yang dikatakan telah menyentuh sensitiviti kaum bumiputera
terutama orang Islam di sini.
Presidennya, Tok Him, berkata
pertemuan itu berlangsung dalam suasana panas sejuk kerana Perkasa
memberikan pandangannya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu manakala Perdana Menteri memberikan
pendapatnya sebagai ketua negara.
Syabas kepada Tok Him dan
rakan-rakan kerana anda semua setidak-tidaknya menjadi pengimbang kepada suara
orang Melayu dan Islam di negara ini yang dilihat kedudukannya sebagai 'tuan'
semakin menerima ancaman, kecaman dan tekanan.
Biarpun tidak semua yang diluahkan
diambil terima oleh Najib, namun setidak-tidaknya harap PM ambil perhatian
berat kesemua isu yang dikemukakan itu. Kerana, itulah sebenarnya yang sedang
membakar di dada orang Melayu sekarang lebih-lebih lagi dalam sedekat dua akhir-akhir
ini.
Tapi, biasalah, orang Melayu ini
tahap sabarnya tinggi. Satu lagi, orang Melayu ini selagi dia boleh bergerak,
boleh makan, boleh tidur lena..dia boleh berdiam diri. Lantaklah apapun orang
nak buat. Dia simpam, simpan, simpan dan simpan. Yang itulah bahayanya bila
kantung penyimpannya dah tepu nanti! Kita mesti elakkan keadaan itu berlaku.
Kita tak nak nanti bak kata pepatah, menang jadi arang kalah jadi abu. Apa
gunanya?
PM diharapkan tidak terlalu 'main selamat' demi menyelamatkan politiknya. Sepanjang
pemerhatian penulis bahkan itulah juga yang dicakap-cakaplah oleh
veteran-veteran Umno, permainan politik Najib dari muda hingga sekarang
nampaknya masih sama iaitu "main selamat", orang putih kata play-safe..
Politik macam itu boleh, bukan tak
boleh tetapi kena ada batasdan tempatnya. Kalau tidak, permainan itulah nanti yang
akan memakan diri. Oleh kerana kedudukan Najib sekarang sebagai PM, silap-silap
permainan sebegitu boleh memakan bangsa sendiri. Najib bukan wakil rakyat biasa
lagi tetapi adalah Perdana Menteri!
Najib kena perasan, bahawa kaum lain
juga tentu sudah dapat baca rentak politik Najib dan kelemahan itulah yang
mereka gunakan untuk memerangkap kedudukan orang Melayu. Bukan sekarang, tetapi
jangka panjang. Rentak yang sebegitu juga boleh menyusahkan orang lain apabila
Najib meninggalkan takhta nanti.
Contoh terdekat, lihat apa jadi bila
Najib ambil pemerintahan setelah banyak kesilapan (mungkin juga kesalahan) yang
dilakukan oleh Tun Abdullah semasa dia jadi PM. Walaupun masih belum terasa,
tetapi sebenarnya kepala orang Melayu sudah pun di pijak...cumanya belum
dihenyak saja lagi!
Justeru, syabas sekali kepada Tok
Him dan Perkasa khususnya. Negara dan orang Melayu amat perlukan satu NGO
semacam Perkasa ini. Kalau tidak, mampuslah kita dalam tempoh terdekat.
Sama ada Najib nak guna pakai atau
memberi perhatian berat terhadap isu yang Tok Him luahkan, itu terpulanglah
kepada dia. Cuma, ingatlah kata orang tua, kalau nak meninggalkan rumah, jangan
biarkan rumah itu berhantu! Kerana, suatu masa nanti, Najib pasti akan turun
juga.
Pemimpin kita
yang Melayu hari ini terlalu asyik dok fikir apa orang kata. Itulah kerja kita.
Sedangkan orang lain mengambil kesempatan terhadap kelembutan itu. Alangkan
sesama Melayu dan Islam pun payah nak bersatu, inikan pula macam minyak dengan
air!
Orang lain tak
pernah fikir apa nasib Melayu. Yang depa nak lihat, macam mana melayu merangkak
merewak. Kita amalkan dasar bertolak ansur. Tetapi yang lebihnya orang lain terus-terus
menolak manakala kita pula sering beransur-ansur. Kalau beransur ke depan tak
apalah..Tapi yang lebih banyaknya kita beransur ke belakang. Itu sebenarnya
bukan beransur, tetapi BERUNDUR. Setapak dua berundur tak apa. Tapi kalau
dah bertapak-tapak ke belakang itu namanya langkah pengecut! Kita yang selalu
memberi tetapi kalau kita nak dapatkan
hak mereka punyalah amat payahnya. Malah, kita pula terus dikatakan zalim dan
tidak adil!
Justeru,adalah
diharapkan PM tidak menjadikan Tok Him dan 'the gang' wujud sebagai anjing yang
menyalak bukit. Atau sebagai seorang tukang kebun yang mencurahkan air siramannya
ke daun keladi.
Dan....,
wakil-wakil rakyat lain pun tolonglah sama....Jangan pandang Tok Him sebagai
orang yang kecundang dalam politik tetapi selamilah perjuangannya demi masa
depan bangsa, agama dan politik orang Melayu sehingga kiamat!
Jagindas: Selamat berjuang
Perkasa...Jangan putus asa! Apa nak jadi, JADILAH!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.