Ahad, 28 Julai 2013

PENJENAYAH PUN KITA KENA TIMBANG DARI SUDUT HAK ASASI...

Begitulah Santunnya Kita

ENTAHLAH... Semalam penulis perkasakan perjuangan Perkasa yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him. Semalam juga, Datuk Seri Najib kata akan buat kajian menyeluruh terhadap undang-undang baharu yang menyentuh kes-kes jenayah dan penjenayah terutama yang berkaitan dengan hak asasi manusia....
            Ermmm...,  susahlah kalau nasib penjenayah pun kita nak rujuk kepada hak asasi manusia. Kalau begitu, jika penjenayah biasa tidur dalam ekon, makanya bilik penjara depa pun kenalah berekon dan serba lengkap juga, termasuk makan minum dan entertaiment mereka. Barangkali kut! di sini. Maaflah kalau penulis agak sentimen dalam memahamkan isu itu.
            Kalau begitulah hendaknya, maka kita kena keluarkan pekeliling khas buat penjenayah-penjenayah di negara ini supaya antara lain, bila mereka membuat jenayah: mereka hendaklah jangan menganiaya mangsa, jangan samun atau rompak kesemuanya (tinggalkan sedikit...), pastikan mangsa selamat dan berkeupayaan membuat aduan ke pihak berkuasa dan kalau mangsa terkejut lalu sesak nafas penjenayah hendaklah memangil ambulan atau paramedik sebelum meninggalkan perimis mangsa. Dan, bla,bla,bla.....
            Pendek kata, buka kerajaan sahaja, penjenayah pun kenalah berhati perut sama selaras dengan tuntutan HAK ASASI MANUSIA..!!! Kan??
            Sekarang ini pun, penggunaan pistol di Malaysia sudah macam pistol mainan... baca di sini. Namun, Kementerian Dalam negeri (KDN) kata tahap jenayah berat di negara ini masih terkawal dan rakyat tak perlu bimbang. Penulis, malah rakyat juga kena percaya kenyataan ini sebab KDN tentulah ada data dan sifir yang lengkap sebelum membuat keputusan itu.
            Dalam kes tembak menembak, parang memarang, bunuh membunuh ini tentu ada yang kata penjenayah tersebut tidak berperikemanusiaan. Ada ke nilai-nilai "perikemanusiaan" bagi seseorang penjenayah? hehehe... Kalau ada memang kelaslah penjenayah kita atau barangkali juga penjanayah antara bangsa.
            Tembakan kepada Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO), MyWatch, R. Sri Sanjeevan semalam adakah bersifat 'silent action'. Tak tahu. Biarlah polis siasat...Dan, kalau dapat tangkap, jangan abaikan hak-hak kemanusiaan ke atas penjanayah tersebut. Kerana, mereka juga manusia yang perlu dilindungi dan dikasihi...Jika tidak susah juga nanti...




Jagindas: Jadinya????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.