Selasa, 13 Ogos 2013

JANGAN SILAP PILIH LAGI

elak terpilih buku kemerau

JANGANLAH marah bagi mereka yang disebutan namanya supaya 'turun'. Anggaplah"C O B A A N.." Dan, janganlah pula 'perasan habis' jika nama tuan-tuan tidak tercatat dalam sentuhan entri ini. Itu semua adalah sekadar contoh, sebenarnya banyak lagi. Bahkan, ibarat barisan pemain bola sepak, bagi mereka yang tidak lagi bergelar 'pemain' hatta pemain simpanan sekalipun, sudah-sudahlah tu...Duduklah dibarisan penonton dan bersorak sorailah bersama mereka memberikan sokongan padu!
            Kerana, anda yang dulunya dan pada zamannya memang gah tetapi kini sudah menjadi penonton, duduklah dikerusi penonton dan jagalah disiplin sebagai penonton yang bertatasusila.
            KALAU bolehlah; orang-orang seperti Datuk Seri Hishamudin Hussin, Datuk Seri Zahid, Datuk Shahrizat Jalil dan beberapa lagi yang tua-tua yang sudah tidak ada lagi stamina eloklah tidak payah kedepan lagi.. Ada yang nampak pada zahirnya 'kuat dan gagah' namun tinggal cakap sahaja.. Bak kata orang Perak; harapkan cakap sahaja berdegar-degar tapi habuk pun tak ada! Dah tinggal bual saja, begitulah...
            Ada satu lagi orang Perak cakap; kita tak mahu pemimpin yang "lemah canguk". Kalau pemimpin dah lemah canguk yang dibawah pulak "cerdik membelik keting". Hancurlah Melayu dan Umno kalau begitu. Jadi dalam memilih ini, jaga-jaga..jangan nanti pilih punya pilih terpilihkan buku kemerau!
            Dan kepada pengundi mahupun pencadang (yang mencadangkan) agak-agaklah kalau hendak berbudi pun, atau mengambil hati atau membalas budi sekalipun. Jangan nanti, bila mereka yang sepatutnya memang tidak patut naik kita naikkan secara teran-teran lepas itu kita juga yang kutuk-kutuk mereka dibelakang hari. Menyesal tak sudah dan bebal tak sudah-sudah. Bukan menyesal dahulu pendapatan....?
            Takkan tak faham, mesejnya kini rakyat mahukan pemimpin yang muda dan "bertenaga". Tenaga semula jadi. Tenaga yang tidak perlukan sokongan daripada unsur luar seperti 'alicafe', tupai jantan ke atau minuman tonik kuat.     Kalau yang tua-tua sudah tidak mahu turun-turun bilalah pulak agaknya giliran orang muda akan ke depan. Akhirnya, lama-lama yang muda pun jadi tua akibat tunggu punya tunggu. Kesudahannya, tidak akan adalah golongan muda yang menjadi pewaris sampai bila-bila melainkan dalam kelompok pemudanya sahaja. Tapi kalau orang muda pun lemah tenaga batinnya tak guna juga!
            Dalam hal ini rasionalnya, tidak perlulah untuk bersegan-segan atau 'jaga menjaga' hati sipolan-sipolan atau kelompok itu kelompok ini. Kerana, ini adalah soal parti dan soal survival orang melayu menerusi wadah umno.
            Kalau bercakap tentang hal orang bukan main pandai lagi dan matang nampaknya. Tetapi bila kena tang batang hidung sendiri kenapa macam tidak nampak apa-apapun? macam mana ni?
            Banyak mesej yang telah diberikan oleh rakyat menerusi Pilihanraya ke 13 (PRU13) lalu.. Ia juga bermakna meliputi senario kepimpinan dalam organisasi politik itu sendiri khususnya Umno. Umno di semua peringkat.
            Apakah ini bermaksud semua orang tua perlu berunsur? O.. tidaklah begitu. Orang tua pun kalau kuat, mantap dan gagah perkasa, mereka ini perlu dan wajar duduk di barisan hadapan. Yang menjadi masalahnya, orang tua yang perasan. Perasan dia bagus-bagus, padahal bukan dia tidak tahu umum sudah letih menjuehkan bibir bila namanya di sebut. Tak kiralah lelaki mahupun wanita!
            Lelaki, kalau dok perasan dia kuat dan mantap, dan gagah pulak nak menikah dua tiga, itu yang jadi huru hara rumah tangga. Nasib malang, si-perempuan pulak main kayu tiga. Maklum, mulanya diingatkan betullah gagah perkasa rupa-rupanya 'indah khabar dari rupa'. Eh, dalam pada itu pun, si-lelaki masih perasan lagi...
            Itu kalau bab kahwin, tak apalah.. Tetapi ini soal masa depan bangsa, agama, dan negara bahkan ketuanan dan maruah Melayu sejagat! Maruah Melayu Sejagat! Harga diri melayu di Nusantara!


Jagindas: Diperingkat bahagian pun sama... itu sebab jadi macam itu. Sebab, geng-geng itu jugalah yang ke dewan besar nanti. Semoga kaedah baru ini mampu mengenyahkan mereka yang degil dan perasan bagus-bagus! Tapi kalau perwakilan dari semua peringkat pun perasan juga....habislah cerita!
Ingat-ingat tu..! jangan terpilih buku kemerau.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.