Selasa, 13 Ogos 2013

TEMBAK @ BEDIL

Orang Awam Dirasuk Resah

[Penulis teringat satu dialog dalam siri TV zaman 70an, The High Chaparral,bila mana Manolito dan abang iparnya dikepong sekumpulan Red Indian:

John Cannon:"Now we got problem!"
Manolito: "What do you mean by we?"]

KETIKA membicarakan keresahan ramai terhadap fenomena baru jenayah di negara ini dengan kegilaan tembak menembak, seorang rakan berkata khalayak tidak perlu bimbang sekiranya mereka tidak membuat sebarang urusan yang berisikokan tindakan sedemikian.
            Katanya, pada firsatnya mangsa terbabit adalah antara orang yang telah membuat perjanjian secara tidak langsung dengan dirinya sendiri untuk berhadapan dengan risiko itu dalam urusan peribadinya seharian.
            "Jadi, apa perlu bimbang jika anda tidak tergolong dalam mereka yang berurusan dengan risiko tersebut? KECUALILAH kes naya...itu takboleh nak kata apalah...", katanya.
            Kalau masyarakat masih ingat tidak berapalama dahulu negara dikejutkan dengan ada anggota polis menyewa pistol kepada penjenayah bagi mereka melakukan jenayah rompakan dan sebagainya. Barangkali juga tidak terkecuali untuk tujuan membunuh.
            Kes itu selesai. Selesai pada perkiraan penulis kerana telah lama diam selepas PDRM menjalankan siasatan dan tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.
            Dan kini, sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berlaku kes tembak menambak dan bom mengebom. Banyak nyawa yang telah binasa dan tidak kurang juga yang mengalami kecederaan akibat daripada jenayah itu.
            Pelaku nampaknya adalah golongan yang amat cekal dan keras kepala serta keras hati. Misalnya, hari ini polis memberikan amaran, beberapa minit selepas itu sudah berlaku satu lagi kes tembak maut. Sampai hari ini, masih berlaku menampakkan negara ini seolah-olah bebas memiliki dan menggunakan senjata api.
            Seperti kata rakan saya tadi, apa nak dibimbang jika kita tidak termasuk dalam urusan berisiko tersebut. Ya, yang membimbangkan masyarakat adalah kes tersalah sasar.
            Misalnya, seorang manusia meminjam kereta di mana pemiliknya 'bersisiko'...Seorang Mamat yang wajahnya seiras dengan 'target'  Kita berada dalam sebuah kereta di mana pemandunyaadalah orang yang berisiko sedang kita tidak tahu menahu pun...Bom yang tersalah letak atau bukan pada sasaran sebenar... dan sebagainya.
            Justeru, selain berwaspada dan menghindari diri daripada urusan-urusan yang membawa risiko seperti itu, maka sentiasalah berdoa mohon perlindungan daripada Allah swt, InsyaAllah.
            Mati, semua orang akan mati. Namun, kalau boleh biarlah kita dimatikan dalam keadaan yang beriman, tenang, terhormat dan bermaruah.
            Apapun, rakyat tidak perlu bimbang kerana PDRM memang terkenanl dengan kecekapannya dalam menangani kes-kes kritikal seperti ini. Kecekapan unit risikan kita memang terpuji. Kita percaya, dalam tempoh terdekat ini, segala-galanya akan kembali tenang...



Jagindas:Tiga tahun tunggu kelulusan mohon lesen senjata api (senapang patah) untuk menjaga kebun dan ladang, masih belum lulus-lulus lagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.