avocado |
Tanah Sekangkang Kera, Laba Selesa
SESUATU yang penulis fikir menarik sembang-sembang menerusi alam maya
dengan seorang petani baru baru ini adalah apabila dia mengkaitkan 'nilai'
usaha petani di Australia dengan di negara ini. Rakan saya itu menggelarkan
dirinya sebagai Petani Marhaen.
Katanya, kenalannya
seorang petani biasa di satu sudut di Australia memiliki tanah seluas 20 ekar
tetapi yang diusahakan hanya baru 3 ekar. Selebihnyanya adalah kawasan menempatkan
rumahnya dan masih berhutan. Tidaklah hairan beliau memiliki tanah seluas itu
kerana negaranya luas terbentang dan penduduknya pula lebih menumpu ke kawasan
bandar.
Rakannya itu tidak
mempunyai kuli melainkan pekerja sementara ketika musim menuai buah avokado dan
epal yang ditanamnya seluas tiga ekar itu. Dia juga dikatakan memelihara
beberapa lembu (susu /daging). Meskipun hanya mengusahakan dua ekar, petani berkenaan memiliki traktor dan berbagai
peralatan lengkap lain untuk membolehkannya dia dan isterinya mengusahakan
tanah tersebut.
Apa yang menjadikan rakan
saya itu jelous dengan petani Australia
itu adalah hanya dengan keluasan ladang tiga ekar dengan tananam avokado dan
epal sahaja, petani tersebut mampu membawa keluarganya melancong ke Malaysia -
bermalam di hotel bertaraf lima bintang selama tiga minggu di Pulau Pinang.
Mereka juga mampu membeli belah sakan di pulau mutiara itu.
Sedang katanya, petani di
Malaysia, yang mengusahakan ladang seluas sepuluh ekar pun masih tidak mampu
untuk melancong walau ke Indonesia selama seminggu. Kalau ada pun hanya mampu
menyewa hotel taraf sederhana dan berbelanja secara terhad.
Dalam sembang-sembang itu
rakan Petani Marhaen membuat kesimpulan bahawa demikianlah nikmat yang
diperolehi oleh rakyat bagi sebuah negara yang nilai matawangnya tinggi.
Barangkali kataya, demikian juga majoriti petani-petani di eropah seperti
Britain, german, Perancis dan sebagainya.
Penulis pula berpendapat,
barangkali kos pengendalian pertanian di sana lebih murah atau kerajaannya
memberiakan subsidi atau insentif yang tinggi kepada alat dan peralatan
bertani. Dengan demikian itu, hasil jualan yang diperolehi petani terbabit
lebih berbaloi berbanding petani di sini (Malaya) yang sentiasa mengeluh
berikutan kos pengendalian seperti minyak, racun, baja dan upah yang mahal.
Misalnya, kita boleh
bandingkan pendapatan dua petani yang mengusahakan masing-masing lima ekar
sawah padi dan kebun kelapa sawit. Dari segi matematiknya, pesawah padi lebih
mewah pendapatannya berbanding pengusaha kelapa sawit berikutan kerajaan
memberikan subsidi jualan dan lain-lain
subsidi dan insentif berkaitan. Itu sebab, meskipun kos racun dan buruh agak
mahal namun ia masih membuatkan pesawah padi lega. Namun, ia masih jauh berbeza
dengan pengusaha avokado di Australia seperti yang diceritakan rakan saya itu.
Berbeza dengan penusaha
sawit, jika setakat lima ekar, pengusahanya mungkin tidak mendapat apa-apa
pulangan atau hanya memperoleh laba yang terlalu kecil. Bak kata petani marhaen
rakan saya itu, upah kerja pun tak dapat usahkan mencari untung.
Justeru, walaupun kerajaan
sedang berusaha dengan pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup petani
dan nelayan, jika kos pengendalian dan kemenjadian usaha serta nilai matawang
yang tidak menentu, saya fikir taraf hidup petani kampungan yang mengusahkan
ladang mereka kurang dari 5 ekar mungkin tidak akan berubah. Sedangkan peluang
untuk menambah jumlah keluasan tanah usaha semakin sempit. Apatah lagi, mereka
terpaksa pula bersaing dengan petani-petani kaum lain yang biasanya
mengusahakan sesuatu jenis tanaman dalam kompaun yang besar --- sama ada hak
persendirian mahupun di sewa atau diteroka haram.
Selain itu, harga hasil
tani yang tidak standard turut 'membunuh' nasib petani-petani kampungan.
Misalnya, meraka yang mengusahakan tanaman sayur jenis X melebih 10 ekar mampu
menerima tawaran harga yang murah untuk di jual manakala dengan harga
sedemikian ia amat tidak berbaloi bagi petani kecil-kecilan.
Jadi, perlukan agaknya
kerajaan menetapkan harga lantai bagi sesuatu item hasil tani berdasarkan usaha
seluas minima dua ekar setelah mengambil kira pelbagai kos minima dan untung selesa
bagi usaha seluas itu??
Atau, adakah dengan
pemansuhan pelbagai insentif subsidi dan langkah memperkenalkan GST terhadap
beberapa barangan tertentu nanti akan mampu meninggikan nilai mata wang negara
sekali gus menaikan taraf hidup rakyat. Secara
amnya ia masih kabur.
Apa yang pasti, rakyat
kerap diuar-uarkan bahawa menjelang tahun 2020 negara akan berstatus negara
maju sepenuhnya dengan membawa maksud antara lain rakyat akan menikmati pendapatan
yang tinggi.
Jadi, bermula tahun 2015
pastinya akan dapat mengabarkan kepada rakyat akan masa depan yang sebegitu.
Barangkali, Insya-Allah.
Jagindas:
Petani yang sekarang bukanlah
petani yang dulu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.