depa tu eksyen saja lebih, kan khairy? |
Ada kalanya
Kena Hentak Macam Tu saja
ANTARA
berita menarik pada ruangan sukan di akhbar tempatan hari ini adalah luahan
hati Menteri Belia dan Sukan, Mr. Khairy Jamaluddin, yang katanya sudah bosan
dan naik fed-up terhadap Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) yang disifatkannya 'langsung tak boleh ditegur'. Baca
di sini.
Ini bukan perkara baru. Sebelum ini
pun Khairy pernah sekali kena 'smash' dengan orang besar yang juga tunggak utama
FAM. Namun, kerana ingin melihat sebuah kejayaan sepada dengan wang ringgit yang
dilabur oleh kerajaan, Khairy tetap terus dengan kapasitinya sebagai menteri
untuk menegeur, komen , tegur dan tegur demi kebaikan dan faedah FAM malah
lain-lain sukan di negara ini.
Khairy bukan berjuang untuk FAM sahaja,
tetapi untuk nilai dan erti sukan di MALAYSIA. Skop Khairy sebagai menteri
lebih luas berbanding mereka yang disifatkannya sebagai tak boleh diusik
langsung itu. Pendek kata, mereka sahajalah yang betul - dulu, kini dan
selamanya..
Komen rakan-rakan kedai kopi dan
peminat sukan tanah air khususnya sukan bola, bagi mereka mudah sahaja: Jauhkan daripada institusi raja-raja,
jika tidak sukan kita tak akan bergerak ke mana-mana atau kalau begerak pun,macam
siput meniti pantai..
Ini bukan komen baru yang penulis
dengar. Ini bukan satu komen yang menyebelahi Khairy. Ia adalah komen yang
telus yang kerap kali penulis dengar daripada mulut peminat-peminat sukan tanah
air setiap kali ada "hal" lebih-lebih lagi FAM.
Justeru, fikir-fikirkanlah demi masa
depan sukan negara. Semua pihak kena faham. Mana yang patut berundur kenalah
berundur. Tak perlu ada tapi tapai lagi....
Jagindas:
Siapa berani????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.