Atau Itukah Sebenarnya Terbuku Dikalbu
Pengarah Urusan
Kumpuan YTL, Francis Yeoh (gambar),
dibidas berikutan kebaculannya menyindir kerajaan yang kononnya Yeohmenyifatkan
seolah-olah kerajaan tidak telus dalam membahagi-bahagikan kekayaan negara
(menerusi projek-projek besar dan kecil). Baca di sini.
Memang sudah dijangka, apabila
berita keluar di media; pertama,Yeoh akan menyalahkan pihak media atau awam
yang kononnya khalayak tersalah tafsir maksud percakapannya dan kedua, dia akan
mohon maaf, sedih dan seterusnya akan menyanjung kembali negara ini.
Dan, itulah yang berlaku siang tadi.
Memang, kita tidak boleh meneka dengan tepat maksud tersirat yang
setulus-tulusnya daripada lontaran suara yang dizahirkan mulut seseorang
melainkan dia sendiri. Malah, Tuhan (Allah) pun menyatakan dengan jelas kepada
malaikat bahawa kerja hati seseorang itu adalah urusan-NYA.
Justeru, apabila berlaku satu kenyataan yang agak
‘janggal’ maka, bebaslah khalayak mentafsirnya berdasarkan struktur ayat dan
perkataan yang digunakannya ketika melafazkannya.
Secara zahir, apa yang diucapkan
Yeoh itu dia tidak boleh menepis lagi pertuduhan yang dibuat oleh media dan
khalayak. Jelas dan terang Yeoh telah bersikap kacang lupakan kulit, bongkak,
angkuh serta sombong.
Kalau diperhalusi lagi, apakah Yeoh
dengan sengaja dan dirancang menuturkan kata-kata sebegitu sebagai tanda
sokongan politiknya terhadap satu pihak lain?. Kita sedia maklum, kekayaan
negara ini secara puratanya adalah milik kaum cina. Keangkuhan kaum cina
terhadap mengaut keuntungan daripada hasil mahsul berkat dari kemakmuran iklim politik
negara tidak dapat dinafikan lagi.
Jadi, barangkali sampai masanya mereka berpendapat tidak
lengkaplah satu kaum yang kaya raya itu tanpa memiliki kuasa memerintah yang
total.
Kalau kita melihat kembali daripada
beberapa kes keterbaculan puak-puak seperti ini, pengkahiran ceritanya adalah
bermohon maaf, kesal dan insaf. Kalau budak-budak, ayat dihujungnya adalah “saya janji tak buat lagi”. Selepas itu,
keadaan menjadi sejuk, aman dan nyaman semula. Kemudian berketawa besar di meja
makan tanda kita bersahabat, bersaudara.
Taktik bacul membacul secara terbuka
dan profesional ini dilihat sebagai satu mainan yang halus lagi licik oleh
pihak-pihak tertentu dan berkepentingan.
Namun, itu sebenarnya tidak penting
bagi mereka. Bagi mereka seolah-olah bermohon maaf dan insaf secara terbuka
mahupun merakamkannya di dada media tidak lebih sebagai prosedur berkomuniti.
Apa-apa sekali pun mesej yang mahu dilontarkan sudah pun didengari dan
disampaikan kepada khalayak terutama bagi puak-puak yang sememangnya mahukan
kenyataan-kenyataan seperti itu terpacul daripada mulut bukan calang-calang
orang.
Barangkali, selagi selagi dasar 1M
itu tidak mengikut tafsiran mereka, maka amatlah sukar bahkan mustahil bagi
Malaysia mencapai idenditi khusus bangsa rakyat di negara ini sebagai “Bangsa
Malaysia”. Akhirya, kita terpaksa mengekalkan kaum dalam data-data peribadi
mengekalkan rakyat sebagai Rakyat Malaysia. Sepatutnya, Rakyat Malaysia dan
Bangsa Malaysia adalah dalam maksud yang sama. Tetapi kita masih gagal
memaktubkan demikian kerana masih ada pihak yang mentafsirnya dengan menafikan
beberapa peruntukan dan klausa dalam
perlembagaan negara khsususnya untuk orang Melayu dan Islam di negara ini.
Islam tidak jumud. Antaranya, Islam
mengerahkan umatnya mengejar kemajuan, dan permodenan. Tetapi, segala bentuk
kemajuan dan permodenan itu tetap dan mutlak berlandaskan Islam. Tidak
terkecuali daripada sebarang hukum melainkan atas sebab-sebab darurat. Makanya,
setiap aktiviti yang dilakukan dikahiri dengan “..berlandsakan syariat atau Islam”. Kerana, itulah syarat mutlaknya yang mesti (bukan
harus) dipatuhi oleh semua umat Islam.
Ironinya, ketika negara
memperkenalkan konsep SATU MALAYSIA (1M) kira-kira dua tahun lalu, tidak
disebutkan (dan barangkali juga tidak dimaktubkan) dengan ‘syarat’. Syaratnya
di situ adalah “...berlandaskan perlembagaan Malaysia atau persekutuan” – SATU
MALAYSIA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
Barangkali, ketika itu kita
beranggapan sebagai rakyat tentulah secara automatik memahami bahawa apa
sekalipun perlembagaan negara tetap dijadikan asas dan teras pemikirannya.
Tetapi, pada masa sama kita sendiri melihat ramai yang menyanggah dan
mempertikai terhadap ketetapan-ketetapan dalam perlembagaan. Bukan sahaja orang
cina dan india, orang melayu juga semakin berani berbuat begitu.
Sesuatu dasar hendaklah ditulis dan
sebut dengan jelas. Rakyat Malaysia perlu dibeginikan setiap masa. Kalau tidak,
mereka akan mengambil kesempatan memanipulasinya sehinggakan jika kita gagal
mengawalnya dasar itu sendiri akan jadi “ibarat senjata makan tuan’.
Bagi mereka apabila disebut
berulangkali 1M, bermakna semua rakyat yang telah dirakyatkan mempunyai hak
sama rata. Oleh kerana kaum mereka telah lebih dahulu mengungguli ekonomi dan
pendidikan, makanya dari segi ‘merit’ orang melayu pasti akan tenggelam.
Lantas, 1M bagi mereka adalah satu
konsep, prinsip dan dasar yang membolehkan setiap orang mempunyai hak yang sama
termasuk untuk menduduki tampuk utama kepemimpinan negara. Sebab itu, sejak
kebelakangan ini kita lihat minat pihak-pihak tertentu untuk mempertikai,
mempermain dan memperlekeh beberapa kandungan dalam perlembagaan negara semakin
berani dan terbuka. Kerana, dasar dan sebutan 1M itu tidak disatukan dengan
frasa “berlandaskan Perlembagaan Malaysia”. Ia sewajarnya digazetkan sebagai:
SATU MALAYSIA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Atau kalau mahu diringkaskan
disebut sebagai 1MBP.
Justeru, saya tidak terkejut atau
kehairanan jauh sekali berasa pelik jika selepas ini, berlaku banyak lagi
kes-kes kebaculan seperti yang dilakukan oleh Yeoh. Mulut manis seperti gulu,
di hati bagaikan hempedu.
Kita tidak manis mengatakan mereka
ini golongan yang tidak bersyukur. Sebab, mereka bukan Islam. Bersyukur itu
bagi orang Islam wajib. Dan wajib itu adalah salah satu hukum yang telah
ditetapkan dalam Islam. Jadi, kita hanya boleh kata, puak-puak seperti ini
adalah golongan yang tidak tahu berterima kasih dan bolehlah ditambah sebagai
bongkak, sombong dan apa-apa yang seumpamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.