Jumaat, 6 Jun 2014

SULTAN DAN KUASA EKSEKUTIF JOHOR

Mohamed Khaled
Apa Sebenarnya Yang Tersirat Dalam Minda MB

NASIHAT saya kepada kerajaan Johor adalah tak ada penyakit jangan cari penyakit. Jangan susuahkan orang kemudian.
            Meski Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Mohamed Khaled, menjelaskan kuasa eksekutif dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor masih dipegang oleh MB termasuk hal-hal dan kuasa-kuasa yang bersangkutannya, namun memabitkan istana tetap mengundang keadaan ‘serba salah’ pada suatu masa nanti.
            Justeru, bantahan dan peringatan tulus ikhlas daripada rakyat Johor berkait isu membabitkan sultan Johor dalam urusan tanah dan perumahan di negeri itu wajar dipertimbangan secara berat, serius serta ikhlas oleh pentadbir negeri Johor.
            Tidak perlu membabitkan istana secara pemaktuban kerana secara prinsipnya, seluruh tanah dan wilayah sesebuah negeri itu adalah milik sultan negeri tersebut. Dan, kedudukan MB sebagai penasihat kepadan sultan hendaklah difahami dengan sedalam-dalamnya. Demikian juga kedudukan Perdana Menteri terhadap Yang Dipertuan Agong.
            Sejajar itu, saya menyokong semua pandangan yang diberikan oleh rakyat dan pemimpin masyarakat di Johor berkaitan isu tersebut dan berharap MB melupakan hasrat untuk membentangkan usul tersebut dipersidangan akan datang ini.
            Apa yang penting pengurusan negeri Johor hendaklah memastikan rakyat Johor mampu memiliki tanah dan rumah sendiri terutama golongan sederhana dan ke bawah serta rakyat marhaen.
            Jika sebarang pembangunan yang dilaksanakan memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat sesebuah negeri itu, maka secara tersendirinya pentadbir negeri serta sultannya sudah pun menyempurnakan tugas dan tanggungjawab terhadap negeri dan rakyat sejagat.
            Bukankah itu sebenarnya yang terjunjung di batu jemala tuan-tuan?
            Pun begitu, jika kerajaan Johor masih berdegil juga, kita harap negeri-negeri lain tidaklah pula terpengaruh dengan tindakn Johor itu. Memang, pada falsafahnya yang rosak kita perbaiki dan mana yang elok kita perelokan lagi. Tetapi bukan begitu caranya untuk memperelokkan sesuatu yang sememangnya telah elok.


Jagindas: Jika sakit kepala, cubalah telah dua biji panadol..Tetapi kalau sakit kepala kerana sengaja menghantukkannya ke tiang seri, itu namanya sengaja cari penyakit. Tanggung la sendiri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.