Jumaat, 4 Julai 2014

USAHA MURNI UTUSAN DITERTAWAKAN ?

Apa Ada Pada Maruah (!!)


SUDAH baca di sini ?

Sekurang-kurangnya tujuh penguatkuasa terlibat secara terus dalam urusan membanteras jenayah judi dan maksiat. Antaranya; Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya / bagi urusan yang berkaitan dengan penyalahgunaan lesen dan peremis perniagaan; Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi berkaitan dengan bekalan eletrik kepada perimis yang disalahguna urusan niaganya.
           Selain itu, Lembaga Air negeri yang berkuasa memutuskan bekalan air ke perimis yang menjalankan aktiviti haram; Jabatan Agama Islam yang khusus menangani orang Islam yang berjudi dan berkerja di kedai judi; Telekom yang bertanggungjawab memutuskan perkhidmatan talian internet serta yang berkaitan DAN Pasukan Polis yang sememangnya umum sudah tahu sangat-sangat tugas serta tanggungjawab mereka.
Malah, jabatan imegresen juga diperlukan kerana banyak pendatang asing berkerja di sektor haram tersebut terutamanya geng dari Bangladesh dan Myanmar. Mereka ini tidak dapat dipastikan sama ada datang dan berkerja secara halal atau pun haram. Kalau haram, bermakna kaum Bangla buat tiga perkara haram serentak – masuk haram, bekerja haram dan kerja di tempat haram. Dah dekat-dekat dengan anak haram. Bukan senang nak tangkap mereka ni...
            Maruah? Bukankah kita selama ini sering bercakap tentang jati diri? Berkesan kah tidak? Jadi, apalah yang ada dengan maruah? Yang penting adalah kemewahan diri! Itulah yang sedang menggilai sebahagian daripada mereka yang terkait dalam isu tersebut.
            Jadi, janganlah marah bila ada orang kata “Kerajaan BN Mengamalkan Rasuah”. Jangan lihat dari satu arah sahaja sebaliknya lihat secara global yang mengisi seluruh organisasi kerajaan itu sendiri. Itulah gaya komen dan respon orang cerdik pandai. Yang penting adalah teliti kenyataan yang pahit-pahit, kemudian telan dan lantas buat tindakan.
            Justeru, kalau nak mengampu pun janganlah sampai ‘menghalalkan’ yang haram!


Jagindas: SPRM pun perlu diperluaskan lagi kuasa, bidangkuasa, kaedah dan pengkaedahannya serta skopnya...  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.