Jumaat, 20 Julai 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK


SELAMAT BERPUASA
di bulan
RAMADHAN AL-MUBARAK

1 Ramadhan, 1433H (sabtu: 21/7/2012)


Selepas Isyak nanti kita bertaraweh, InsyaAllah; dini hari nanti kita bersahur, InsyaAllah. Dan InsyaAllah, esok kita mulakan berpuasa sebulan Ramadhan di tahun hijrah 1433 ini. Jangan lupa niat.

Jagindas:    SELAMAT BERPUASA SEMOGA PUASA KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT SERTA DIBERIKAN KEBERKATAN, AMIN. PUASA BETUL BETUL, JANGAN YOK YOK PULAK... 


PSIKOLOGI: DIALOG SI KEMBAR

Keadaan kembar normal dalam rahim

Minat Ibu Bapa Pengaruhi Kandungan

Entah ya entah tidak tak tahulah pulak. Tapi ada orang cerita bebudak kembar dalam rahim ibu selalu berkata-kata sesama mereka sebelum dilahirkan. Ye ke..?

AL-KISAH, sepasang kembang lelaki sedang menunggu masa untuk dilahirkan ibunya, dua atau tiga minggu lagi. Sambil-sambil menunggu saat-saat itu, kembar tadi asyik berbincang bentuk rambut yang mereka minati. Lebih kurang beginilah dialog antara mereka:

KEMBAR 1:      Adik, adik.. kalau lahir nanti kamu nak kepala macam mana?

KEMBAR 2:      O.. Kalau adik, adik nak rambut macam penyanyi Elvis Presly. Abang pulak?

KEMBAR 1:      Abang?  O..kalau boleh abang nak kepala macam pelakon Yul Brynner..

KEMBAR 2:      Yul Brynner?  Bang, bang. Tengok tu Yul Brynner datang... HAAA..

KEMBAR 1 :     Ha.. a.. la..adik.  Huuyo!  Betul la, Yul Brynner datang adik!

KEMBAR 1 &2:  Kah kah kah....

[nak tengok Yul Brynner klik sini]


Jagindas:   Arwah mak kata saya dilahirkan dengan kembar sampul. Orang kata kebal, tapi dulu masuk jawi elok aje putusnya..

Khamis, 19 Julai 2012

HILANGNYA SEBUTIR LAGI BINTANG


Sekadar Terkenang Masa Lalu...

MUMBAI:    “Saya ingin memberitahu bapa mertua saya sudah tiada lagi. Beliau telah pergi buat selama-lamanya. Saya harap semua pihak dapat berdoa terhadap kesejahteraannya,” kata menantu bintang Boollywood ternama, Rajesh Khanna, Akshay Kumar, seperti dipetik portal newkarala.com pada Rabu.



Jagindas:   teringat pulak P Ramlee dan rakan-rakan lakonnya yang lain... AL - Fatihah buat mereka itu.  Untuk Rejash Khanna - tak ada apa-apa la....



ASTRO HARAM JADAH

Haramjadah!

Janji Tidak Ditepati Macam Pembangkang

MEMANG Haram jadah betul Astro ni. Maaflah, kerja maki hamun ni memang saya tak berapa berkenan, tapi nampaknya Astro ni memang mintak di maki.
            Inilah akibatnya jika perniagaan besar seperti saluran TV astro ini diberikan kepada satu makhlok sahaja. Dia akan jadi besar kepala, bongkak, sombong dan haram jadah!
            Mulut manis santan kelapa tapi perkhidmatan macam setan. Berjanji macam bagus-bagus. Kata dalam masa 24 jam siaran akan diperolehi apabila menaiktaraf dari sistem lama kepada Beyond. Beyond cicih opah kamu! Dah melalut sampai 48 jam apa pun tak ada apa-apa. Beyond konon.
            Jiran saya terpaksa menunggu lebih 72 jam baru dapat, itupun setelah berpuluh ringgit duit terbang bagi maxis untuk hubungi Astro. Maxis siapa punya?? Untung berganda kan? Dasar kapitalis!
            Duit telefon dah meraban berpuluh ringgit menguhungi khidmat pelanggannya. Jawapan yang diterima standard, ikut skrip. Apabila kena maki, buat-buat terpinga-pinga! Itulah yang dinamakan haramjadah tu!

Kerajaan, tolonglah bagi dia ni bersaing. Baru dia ada akai!


Jagindas:   astro memang haramjadah! kalau dekat dengan aku mau aku pelempang jer taukeh astro ni.