Ahad, 23 September 2012

LAWAK POLITIK HARI INI


Nak Mengaku Mandul, Tidak Jugak!


Hehehehe...
            Dalam filem ini, Jamil memberi alasan untuk berkahwin lebih dari satu kononnya isteri pertamanya, Cik Latipah, mandul. Setelah lama berkahwin apalagi menjadi menantu orang kaya, tentunya Jamil memerlukan pewaris atau keturunannya sendiri.
            Malangnya, perkahwinan kedua juga tidak dikurniakan cahaya mata sedangkan mulut tanpa insurannya telah memaklumkan kepada umum bahawa isteri pertamanya mandul. Tak patut Jamil ni, bikin malu bini sendiri.
            Kerana tuah badan mendapat bapa mertua yang steady Jamil dengan mudah menambah bini, kalau-kalau yang ketiga ini boleh memberikannya zuriat. Namun, tidak juga!
            Yang pasti, Si Tipah sudah dimaklumkan sebagai mandul. Takkanlah bini kedua dan ketiga pun mandul juga? Sampai sudah Jamil tak mengaku dialah sebenarnya yang mandul. Hehehehe... Jamil, Jamil..
            Oooppss! apa pula kena mengenanya dengan politik nih? Maaflah, sesekali jagindas nak juga merapu. Jangan marah, ha.....

Jagindas:  apapun ini semua kerja Allah Taala,  sebarang kemungkinan sebarang jadi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.