CUEPACS:
FIKIR DULU SEBELUM MENYALAK
LANGKAH Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia memperkenalkan dasar baru
bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam yang berkuat
kuasa semalam mendapat tentangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman menyifatkan
dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini.
Saya
kurang faham mengapa Cuepacs sifatkan tindakan SPA itu sebagai "langkah kebelakang". Kalau kita imbau masa dolu-dolu, jika mahu jadi cikgu memadai sekadar pass darjah lima, kemudian naik setangga
lagi calon guru mesti pass Sijil Rendah
Pelajaran (SRP), dinaiktaraf lagi setangga calon mesti lulus Sijil Pelajaran
Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan(SPM/MCE/STPM). Dan, begitulah
seterusnya.
Perubahan
peningkatan tahap pendidikan itu adalah diselarikan dengan perkembangan
pendidikan dan kemajuan negara dari masa ke semasa. Demikian juga, dalam
hal-hal berkaitan kerjaya masa kini, tahap pendidikan sehingga peringkat doktor
falsafah sekalipun bukan tiket atau
jaminan untuk mendapat kerja yang se-releven dengan ijazah yang dimiliki
sesorang lagi.
Ingat,
dulu-dulu kalau nak jadi polis dan pegawai polis macam mana tahap
pendidikannya? Sekarang ni macam mana?
Habis,
kalau pemegang ijazah kerja sebagai pelayan gerai makanan sedangkan lulusan SPM/STPM
berkerja sebagai pegawai kerani atau penyelia di sektor awam, itu relevenkah?
Ini
bermakna, tindakan SPA membawa maksud lonjakan setangga kehadapan berikutan kemajuan negara yang tidak lagi
memberi jaminan kerja di sektor awam setimpal dengan kelulusan atau kelayakan
yang dimiliki seseorang.
Tindakan
itu juga memberi signal kepada rakyat
di negara ini supaya sentiasa dan terus mempertingkatkan pemilikan ilmu
pengetahuan global bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan
"peserta-peserta" lain jika mahu berkhidmat di sektor awam.
Bagi
sektor swasta, mereka mempunyai hak dan dasar mereka sendiri. Kita tidak boleh
campur adukkan kaedah penetapan status akademik dan kemahiran seseorang yang
hendak diambilnya sebagai perkerja.
Bermakna,
masa akan datang, barangkali kerajaan akan menetapkan seseorang pemohon kerja di
sektor awam hendaklah memiliki semaksima kelayakan yang ada namun gaji akan
diberikan berdasarkan status jawatan yang dipohon. Misalnya, jika seorang
pemohon memiliki ijazah pertama pengurusan dan diterima berkerja sebagai
pembantu tadbir, maka gajinya akan dibayar mengikut kedudukan jawatannya itu,
iaitu gaji pembantu tadbir.
Bagi
saya, semua pihak harus faham maksud dasar pendidikan berterusan yang sedang
digarap oleh kerajaan sekarang. Sekaligus, rakyat harus bersedia mendepani
perubahan demi perubahan yang akan berlaku dalam sektor awam mahupun swasta.
Masa
akan datang, barangkali persaingan jawatan tidak berlaku di luar tetapi berlaku
dalam sektor awam itu sendiri berikutan penjawat awam dari bawahan hingga ke
atas memiliki status kelayakan peribadi
yang sama atau hampir sama.
Cumanya,
SPA pun kenalah hormat sedikit kepada Cuepacs dan NGO lain yang bersangkutan. Buat kerja jangan
terburu-buru. Di sekeliling kita ada macam-macam kesatuan atau NGO dan mereka
pula adalah aktivis yang sah di sisi undang-undang. Justeru, pakat-pakatlah
sebelum membuat keputusan.
Apa-apapun
pihak-pihak yang di atas kenalah faham serta mafhum terlebih dahulu akan
sebarang dasar-dasar baru yang hendak diperkenalkan dan dikuatkuasakan sebelum
yang dibawah menerimanya dengan terbuka. Elakkan polimik di media-media, orait??!
Jagindas: suatu masa nanti, pemilik PhD hanya layak jadi budak pembantu pejabat jer...hehehe...mungkinkah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.