Rabu, 8 Ogos 2012

SERVIS-LAH KENDERAAN ANDA


Memandulah Dengan Cermat, Sabar dan Berhemat

NGERI... minta disimpangkan malaikat 44
SETIAP TAHUN, menjelang sahaja sambuTan hari raya aidilfitri, kita kerap disajikan dengan berita kemalangan jalan raya dan kemalangan akibat bermain mercun. Berita kehilangan nyawa dan kecacatan anggota akan menjadi hiasan muka depan akhbar-akbar dan media-media elekronik.
            Bermacam kempen dan nasihat telah diberikan oleh pihak berwajib, namun kemalangan tetap juga berlaku malah paling menyedihkan ada kemalangan yang berlaku semacam ditempah-tempah seperti dalam hal bermain mercun dan bunga api.
            Banyak pihak yang dapat dikaitan bagi setiap peristiwa kecelakaan tersebut. Daripada pengawasan ibu bapa, penjual bahan letupan hinggalah kepada sensitiviti masyarakat terhadap perkara-perkara berkenaan.
            Begitu juga dengan kemalangan jalan raya. Kadang-kadang sukar untuk meramal punca dan kemenjadian peritiwa buruk itu. Ada ketikanya satu pihak sudah cukup berhati-hati namun celaka datang juga apabila satu pihak lain pula tidak berbuat demikian. Kes seperti ini disifatkan kes naya, namun naya apa sekalipun, tiada ertinya lagi kalau nyawa sudah tiada atau kecacatan kekal menjadi milik sepanjang usia.
            Dalam soal kenderaan, selain memastikan kondisi kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan yang baik, tip-top, sifat kesabaran adalah satu faktor yang amat penting dimilki oleh semua pemilik dan pemandu.
            Biasanya, kelajuan melampau kerap dikaitkan dengan berlakunya kemalangan. Namun, sikap sopan santun tidak bertempat seperti memandu terlalu perlahan di kawasan-kawasan tertentu juga turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan. Makna kata, apabila memandu, setiap pemandu janganlah bersikap mementingkan kepentingan diri sehingga menidakkan kepentingan orang lain. Bertimbang rasa dan saling bertolak ansur amat penting.
            Jarang sekali kita dengar pancaran sinar lampu seperti lampu atas dan lampu spot adalah juga penyebabkan berlakunya kemalangan. Sukar untuk mendakwa kerana yang menjadi mangsanya biasanya sudah meninggal dunia.
            Namun, apa yang pasti pemandu yang tidak mengawal kepenggunaan lampu atas dan lampu spot juga boleh menyebabkan pemandu lain hilang arah dalam pemanduannya terutama mereka yang mengalami masalah mata dan memandu di waktu malam.
            Kadang-kadang, untuk di negara ini saya fikir lampu spot tidak ada kepentingannya kerana sinarnya boleh mengaburkan pemandu dihadapannya berikutan ada penggunanya yang tidak berdisiplin menyalakan lampu tersebut.
            Apapun, setidak-tidaknya sebelum kenderaan dipandu jauh di musim raya ini, pastikanlah kenderaan masing tip-top. Kondisi keempat-empat tayar termasuk tayar simpanan, sistem berek, sistem air penyejuk injin, kekuatan tali-tali belting, lampu isyarat depan belakang kiri dan kanan, sistem penghawa dingin, sistem wiper cermin depan, lampu dan sebagainya pastikan berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan sempurna.
            Dapatkanlah khidmat pomen yang anda percayai atau dapatkan sahaja perkhidmatan puspakom. Apalah sangat nilai sepuluh dua ringgit demi keselamatan diri dan ahli keluarga kita.
            Demikian juga kepada penunggang-penunggang motosikal. Walau seelok mana sekalipun keadaan motisikal anda, menungganglah dengan akal fikiran dan janganlah biarkan nafsu mengawal pemanduan anda. Sayangilah nyawa dan anggota anda.
            Pandulah dengan sabar dan tertib. Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju dan semoga selamat kembali ke rumah masing-masing selepas beraya sakan. Ingatlah orang tersayang, lebih-lebih lagi nayawa dan anggota tubuh badan anda sendiri.

Jagindas:   balik ke johor selepas sembahyang raya nanti, insyaAllah...

Selasa, 7 Ogos 2012

BILA PRU 13?


MARI KITA LIHAT TAKWIM DARI SEPTEMBER 2012 HINGGA MAC 2013

UNDILAH BN

Jagindas Pak Belalang Menelek Terus Mata:

September 2012 - tak mungkin tapi bacaan bajet menjurus kepada PRU13

Oktober, 2012 - tak mungkin juga, orang haji belum balik lagi, nanti jadi isu pulak

November, 2012 - pun tak mungkin, musim peperiksaan, banyak sekolah dan tenaga guru akan digunakan semasa PRU

Disember, 2012 - juga tidak mungkin, biasanya di pantai timur musim tengkujuh, banyak belanja dan akan jadi isu juga!

Januari, 2013 - Raya haji dah selesai, Depavali dah selesai, Raya Krismas dah selesai, Raya Cina menjelang tiba

Februari, 2013 - Parlimen dibubarkan! (mungkin lepas raya cina)

Mac, 2013 - kosong, kalau adapun benda-benda kecik ajer. Ada cuti persekolahan. HUH, INILAH MASANYA YANG SESUAI!

April, 2013 - tak mungkin, ini adalah date line cukup 5 tahun! Lampu merah beb!


Jagindas: Siapa setuju, angkat tangan? hehehe

BN SEDIA BERI, RAKYAT MACAM MANA?


Selagi Ia Tidak Bersalahan Di Segi Undang-Undang
Mustafa Muhamed
NAMPAKNYA, buat ketika ini apa sahaja kebaikan atau dasar kebajikan yang kerajaan buat untuk rakyat terutama yang berkaitan dengan negeri di bawah pemerintahan pembangkang seperti Kelantan, puakn pembangkang akan memandangnya sebagai dipandang sebagai usaha kerajaan untuk meraih undi dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Terbaru dalam kes penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji bayaran hasil petrolium kepada tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terenganu dan Pahang.
            Pada masa sama pula pihak kerajaan terus menafikannya. Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mustafa Muhamed dan semalam Ketua Pemuda, Khairi Jamaluddin, juga turut menegaskan demikian.[di sini]
            Kerajaan tentulah mempunyai sebabnya tersendiri, namun dalam apa natijahnya sekalipun, rakyat tetap berpendapat bahawa isu berkenaan adalah berkaitan rapat dengan PRU berikutan ia tiba-tiba timbul ketika PRU hampir menjelang. Malah, dalam banyak hal, setiap kali mengahadapi PRU, memang banyak yang kerajaan luluskan atas nama tanggungjawab kerajaan yang memerintah demi untuk kesejahteraan rakyat sejagat.
Khairi Jamaluddin

Soalnya, mengapa kita begitu takut menyatakan pendirian bahawa apa yang kita lakukan itu memang benar berkait rapat dengan PRU atau ia memang mempunyai isu politik khususnya menjelang PRU yang tidak lain tidak bukan bagi mengabarkan kepada rakyat tentang keprihatinan kerajaan yang memerintah terhadap kesejahteraan negeri-negeri dan seluruh rakyat dibawah taklukannya. Mengapa? Mengapa takut menyatakan pendirian yang khusus?
            Apakah dengan pengakuan seperti itu, maka ada isu yang boleh mengheret kerajaan kepada elemen rasuah? Atau, apakah dengan pengakuan seperti itu, akan mengukuhkan lagi pihak pembangkang sebagai kumpulan pendesak. Lantas, dibimbangi rakyat akan berpaling arah menyokong pembangkang bagi mendapatkan sesuatu daripada kerajaan atau tindakan itu dikatakan akan menyukarkan untuk meraih undi pembangkang beralih kepada Barisan Nasional (BN)?
            Kalau dalam masa sama kita dengan jelas memberitahu rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah semata-mata demi kebajikan dan kepentingan rakyat sesuai dengan moto pengurusan BN terkini iaitu Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, mengapa tidak kita akui sahaja bahawa program-program tersebut adalah demi meraih sokongan rakyat yang lebih padu kepada BN?
            Peliknya, (sekadar contoh) pada masa sama pemimpin kerap pula bercakap: Kalau BN diberi peluang memerintah Kelantan, masalah air akan selesai... Macam-macam interpritasi rakyat terhadap laungan tersebut. Ada yang kata macam bunyi ugutan, ada juga yang kata itulah kempen yang jelas terhadap orang Kelantan.
            Apa sebenarnya yang nak dikhuatirkan?


Jagindas:  lebih baik cakap saja terus terang.... terlalu banyak main sorok-sorok akhirnya menampakkan macam tidak telus pulak. Nak takut apa, melainkan ia bersalahan dengan undang-undang. Kalau yang tu, wallah huallam lah!


Isnin, 6 Ogos 2012

AWASI GERAKAN MEMURTADKAN ISLAM


JAMIL... Jangan buat-buat terkejut pulak!

Apa Hal Pulak Ni Jamil??

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.
            Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing. [berita lanjut di sini]

            Gunakanlah undang-undang negara. Mana-mana orang luar yang biadap dengan peraturan dan undang-undang negera ini, tangkap dan usir. Apa yang nak ding-dong ding-dong, tolak sana, tarik sini, ni!
            Itu sebab orang luar suka mainkan kedaulatan kita! Dalam bab-bab macam ni kerajaan kena ambil jalan short-cut, supaya orang luar tahu kita AMAT serius bab-bab agama ni!
                Kita memang nak pelancong tetapi bukan pelancong macam laknat tu. Kena berani la sikit beb!

jagindas:   Jamil, Ana letih la....