jangan perjudikan pilihanraya..
MEMANG membimbangkan apabila belum lagi apa-apa,
tiba-tiba sahaja terkeluar kata-kata sumbang daripada YB yang sedang berkhidmat
di penggal ini akan menentang arus sekiranya dia tidak dicalonkan lagi.
Zaman
menteri-besar menteri-besar (MB) sebelum ini khabarnya ada cerita-cerita yang
saya dengar memang memeningkan kepala MB ketika membuat keputusan akhir
cadangan nama calon berikutan ada yang menggunakan barisan pendesak yang datang
dua tiga bas sehingga semacam wujudnya situasi ugut mengungut pula yang sudah
tentu memberi kesan kepada kemampuan melawan pihak lawan.
Sungguh
menjijikan perilaku seperti itu bila sahaja musim pemilihan calon berlaku
setiap kali pilihanraya umum apa lagi kalaulah ianya dilakukan oleh kalangan
orang UMNO.
Kepada
yang bernafsu lagi ghairah itu, saya menyarankan sebelum mewujudkan barisan
pendesak atau bertindak merajuk hati, cermin-cerminlah diri. Bukan soal kacak,
manis atau bergaya. Tanya trade record
kita sendiri: Bagus sangatkah kita, mampukah kita, apakah kekuatan yang ada
pada kita dan macam-macam hal lagi.
Sebab, wakil rakyat hari ini adalah berdepan dengan rakyat yang sudah maju, celik dan
bediri dalam dunia tanpa sempadan. Kekuatan seseorang wakil rakyat pada masa
akan datang adalah perlu bijak, kreatif dan produktif sejajar dengan tuntutan
globalisasi.
Hari
ini kita memimpin manusia yang celik ilmu. Namun pada sama kita juga mendepani
manusia yang celik ilmu tetapi buta akal. Inilah kumpulan yang yang kerap
mendatangkan masalah kepada negara malah jika tidak bijak mengawalnya negara
akan huru hara setiap masa.
Makanya,
di sinilah diperlukan bulatnya ketelusan dan kejujuran kepada semua agensi yang
diamanahkan untuk memberi maklum-balas kepada pihak berwajib terhadap mereka
yang barangkali berpotensi untuk dijadikan calon dengan menolak semua
kepentingan-kepentingan peribadi kerana pilihanraya bukan satu perjudian.
Mereka
yang dicalonkan harus mampu membenamkan pihak lawan dan sebaik sahaja menjawat
jawatan sebagai wakil rakyat, YB terbabit sewajarnya dapat menumpahkan
khidmatnya dengan cemerlang, cekap, berintegriti serta berwibawa.
Sebagai
contoh, saya sendiri pernah menyarankan kepada seorang "orang besar" agensi UMNO supaya menasihati terhadap
sikap dan perangai beberapa ketua bahagian dan wakil rakyat yang memuakkan
kalangan ahli UMNO. Secara jujur saya menyampaikan saranan itu berikutan ramai
antara mereka yang sudah bercakap-cakap di luar sana dan secara diam-diam
memberi sokongan kepada pembangkang bukan atas perjuangan tetapi kerana
melepaskan geram!
Namaun,
apa yang terjadi pegawai berkenaan menyergah saya dengan angkuhnya mengatakan
bahawa semua laporan itu adalah palsu kerana menurutnya kakitangannya sentiasa
mendekati orang ramai sekali gus menafikan dakwaan tersebut.
Inilah
sikap pegawai seranta kita. Angkuh, over
confident, tidak menerima pandangn orang lain hatta dari kalangan
penyokongnya sendiri. Sefaham saya, sebenarnya ramai yang tak berani untuk bersemuka
untuk menasihati wakil-wakil rakyat dan ketua bahagian seperti itu kerana
khuatir kepentingannya dalam agensi tersebut tergugat. Maka, mahu tak mahu,
semuanya dilapor sebagai positif. Dan, menerusi pilihanraya 2008 telah menyaksikan
bahawa keangkuhan telah menghukum kita dengan malu yang teramat mahal untuk di
tebus sekarang!
Dalam
pada itu, sikap beberapa puak atau golongan yang menangguk di air keruh dengan
menimbulkan pelbagai reaksi dan aksi amatlah merimaskan jentera dalaman dan
agensi sesuatu parti ketika proses pilihanraya berlaku.
Justeru,
sementara masa masih ada, maka berhati-hatilah mendayung dalam gelombang PRU13 ini.
Pengelaman, pengajaran dan hukuman telah kita perolehi. Janganlah sampai pisang berbuah dua kali.
Biarlah pilihanraya kali ini bagaikan memberi nafas dan jiwa baru kepada UMNO
dan Barisan Nasional.
Saya
berdoa, semoga Barisan Nasional beroleh kejayaan besar, dan semua calon dari
kalangan UMNO menang semuanya, amin.
Jagindas: Pernah disingkirkan dari jawatan sebagai
setiausaha jawatankuasa kerja dan keselamatan kampung (JKKK) hanya kerana menasihati sikap YB yang meninggikan hidung ketika
bertemu penduduk.. Namun hati perut saya tak pernah luntur terhadap UMNO dulu,
kini dan selamanya, InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.