Rabu, 8 Ogos 2012
MANA SATU YANG BETUL-BETUL HARAM
BILA DUA PIHAK SALING HARAM MENGHARAMI!
![]() |
| ABDULLAH SA'AMAH ... MCA, MIC Bukan Kafir Harbi |
"Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara
terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
[di
sini]
Umat Islam juga tidak
boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan
DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada
DAP.
Beliau berkata, agenda
perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang
digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada
kedudukan Islam dan umat Islam."
![]() |
MOHAMAD DAUD... Hukum boleh
bertukar ikut keadaan dan maksud
|
"Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi
golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi
menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO. [
di sini]
Ketua Dewan Ulama Pas
Kelantan, Datuk Mohamad Daud berkata, hukum itu boleh berubah mengikut
keadaan dan waktu tertentu.
Beliau mendakwa, dalam
situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan
ia sepatutnya ditolak walau dengan apa cara sekalipun."
Jagindas: jaga-jaga!
TAUBAT ATAU TAU BUAT ?
GELAGAT ARTIS BERTAUBAT
HAHAHAHAHA.... SAMAN LA...
8 Peneroka Dakwa Najib Maki Depa

Mohd Harris (dua, kanan) bersama sebahagian daripada plaintif di pekarangan
Mahkamah Tinggi Temerloh, hari ini. Turut hadir Presiden Anak, Mazlan Aliman
(tiga, kanan). - SUMBER: AKHBAR SINAR HARIAN
Wahai sibalau lapan
orang, Najib kalau nak menyumpah kamu semua lebih dari itu pun boleh. Sebelum ini,
puak-puak kamu menyumpah dan memfitnah beliau macam-macam, beliau tak ambil
kisahpun. Ni, baru sikit dimaki dah tak tahan pulak dah! [kisahnya
di sini]
Ini macam ka? kamu buat orang boleh
ye, orang lain buat kepada kamu tak boleh? Mana belajo ni! Kalau kamu mengaku
yang kamu tu manusia, Najib pun manusia juga. Ada hati, ada perasaan, ada
maruah! Samanlah! Saman. Yang cerdik lawyer tu.. ada faham?
Jagindas: Jangan nak mengada-ngada
la.... orang tua-tua kata, bior rupa buruk asal jangan perangai buruk. Tambah
malang, muka dan perangaipun sama buruk! Cuba cermin diri tengok! Aku kesian betul orang macam kamu ni, tapi nak buat macam mana? Tok aku kata kamu semua ni ibarat cerdik tak dapat nak diikut, bodoh tak dapat nak di ajo!
Langgan:
Ulasan (Atom)




