Sabtu, 11 Ogos 2012

KJ... yakin rampas pembangkang

Hati-Hati Suarakan Keyakinan..

Saudara Khairi Jamaluddin,

SYABAS dan Tahniahlah kerana anda mempunyai semangat dan keyakinan yang kuat terhadap kekuatan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan kepimpinan negara menerusi pilihan raya ke 13 (PRU13) nanti. Syabas sekali lagi. [berita di sini]
            Syabas juga kepada saudara yang terus setia kepada BN walaupun sebelum ini bermacam hal yang diperkatakan orang terhadap saudara. Atau, apakah atas nama ketua pemuda, makanya semangat sebegitu lahir atas keterpaksaan? Saudara sahaja yang tahu!
            Apapun, nasihat saya, agak-agaklah kalau hendak membuat kenyataan terhadap kekuatan BN walaupun berdasarkan kajian-kajian yang telah pihak saudara dibuat.
            Pada hemat saya, kenyataan-kenyataan seperti ini tidak perlu diluahkan buat ketika ini sebaliknya melipat gandakan kerja dan usaha itulah yang wajar dikehadapan. Tahukan saudara, bahawa keadaan sokongan rakyat terhadap kerajaan dan pembangkang untuk ketika ini dan dalam edah ini adalah umpama gelombang laut dalam. Keadaan seperti ini akan berterusan sehinggalah pengumuman parlimen di bubarkan.
            Apapun kajian, sama ada dari pihak pembangkang mahu pihak kerajaan sendiri, hasilnya masih belum boleh dianggap releven atau dengan kata lain disifatkan sebagai suatu bacaan tipu.
            Justeru, semua pemimpin BN, UMNO khususnya hendaklah menumpukan kepada usaha meraih undi, mendekati pengundi dan menyakinkan pengundi. Kekerapan saudara-saudara mendongak kelangit menyebabkan ada pihak yang kembali terungkit.
            Bagi saya, Najib dan Muhyiddin boleh memperkatakan seperti itu, tetapi yang lain kena hati-hati...
            Saya ambil satu kisah: Si Mamat becadang untuk menghadiri kenduri di rumah Pak Abu. Sesampainya di sana, dia membuat puisingan U dan beredar dari majlis tersebut berikutan didapati Si Ali ada di situ. Mamat tidak suka pada Ali, malah melihat bayang Ali pun di tak sudi!

Jagindas:   buat kerja jer lah.... tak payah bising-bising..

HATI-HATI DI JALAN RAYA


Jangan Jadikan Perayaan Satu Kesedihan 

TIBA-TIBA, selepas sahaja solat maghrib, isteri saya menerima panggilan telefon daripada rakan karibnya memberi khabar buruk bahawa anak lelaki sulung rakannya itu meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya di Seberang Prai.
            Cerita ringkasnya, anaknya itu keluar dari rumah selepas berbuka, barangkali untuk ke masjid menunaikan tarawih berjamaah namun sebelum sempat sampai ke destinasi, kemalangan lebih dahulu menjemputnya. Sayang sekali, dia baru berusia 22 tahun...
            AL FATIHAH buat arwah. amin. Dan kepada keluarga terbabit, bersabarlah..


Jagindas:  Hati-hati lah, musim-musim raya sebegini, kecelakaan kerap menghimpit kita. Semua orang akan mati, namun kalau boleh diminta-minta, elakkanlah mati secara begini!

IKLAN

LUKISAN UNTUK DIJUAL:

Tajuk: "Lemang Opah"
Genre/Style: Medium Akrilik Atas Kanvas
Saiz: A-2 (siap berbingkai kayu)
Harga: RM500.00 (termasuk kos penghantaran)
Berminat: hubungi Fikri di talian 019-5473027 atau email ke Jagindas di Kulukelio@gmail.com


MASING-MASING HALUAN..

Saya tak tahu menahu....

Shahrizat Tak Tahu Menahu Sehinggalah Diberi Tahu!

"KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak mengetahui anak keduanya terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sehinggalah diberitahu pada 2007" [selanjutnya di sini]

Betul, suami dia terlibat pun dia tak tahu, anak terlibat pun dia tak tahu, sehinggalah dia diberitahu!

Ah, Semakin seronok mengikuti cerita keluarga yang penuh berahsia ni. Ok, apakah selanjutnya..Mari kita lihat apa penamatnya!


Jagindas:  Agaknya kalau masa dah tahu dulu, cepat-cepat beri nasihat, barangkali tidaklah jadi kecoh macam ni, kan? Lantaklah, benda dah berlaku nak buat macam mana...