Ahad, 16 September 2012

ORANG TUA DAH TAK BERGUNA


BANYAK DOSA, RAKYAT KENA TOLAK
MAK TOM.. Ibu Azmin,
juga sudah tua...

KENYATAAN Azmin Ali yang mahu rakyat menolak rejim tua yang didakwanya juga bergelumang dengan rasuah di sini menarik perhatian saya untuk membaca lebih lanjut apakah maksud sebenar yang hendak di sampaikan oleh orang kanan PKR itu.
            "Sekali lagi saya menyeru, rakyat perlu bersatu untuk menolak rejim tua yang membudayakan rasuah, salahguna kuasa dan menindas rakyat miskin," kata Azmin dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia esok.

1.         Rejim tua?

            1.1       Anwar Ibrahim juga sudah tua, bermakna Azmin juga mahu rakyat menolak Anwar. Dalam kata lain, Azmin adalah orang muda yang paling layak memimpin PKR dan PR. Adakah Anwar faham kata-kata Azmin ini?

            1.2       Apakah Azmin tidak akan menemui hari tua? Bersediakah Azmin jika ketika itu ada kalangan ahli politik muda berkata ayat yang serupa?

2.         Bergelumang dengan rasuah? hehehe.... sendiri mahu ingat la


Jagindas:  Apsal senyap jer kes Azmin ni, beberapa ketika sebelum ini bukan main panas lagi!


Sabtu, 15 September 2012

Umno Ku


HILANG KUKU ATAU SIMPAN KUKU?

GAMBAR HIASAN
KUMPULAN NGO, puak-puak dari parti PAS dan PKR serta beberapa menteri sudah ada menyuarakan bantahan terhadap penayangan filem Innocence of Muslims oleh Sam Bacile  yang menghina Nabi Muhammad (SAW).
            Filem berkenaan telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sehingga menyebabkan mereka bangun membantah menerusi pelbagai demonstrasi malah ada antaranya berlaku dalam keadaan luar kawal.
            Cari punya cari, UMNO, Pemuda UMNO, Wanita dan sayap-sayap UMNO lainnya masih belum memberikan reaksi seperti itu kecuali ketua pemudanya. Menyelit-nyelit ada, maksud saya secara jelas.
           
            Fahamlah saya, bahawa:

            1.         Demikianlah taatnya anak buah / ahli UMNO, mereka tidak akan membuat                             sebarang tindakbalas meskipun telah nampak jelas yang sesuatu kejadian itu wajar dibantah jika tidak mendapat "green light" dari atas. Patutlah dalam kes menunggeng punggung kepada gambar Najib baru-baru ini, boleh dikatakan tidak ada satu laporan polis yang dibuat daripada mana-mana UMNO Bahagian! Jumlah laporan di seluruh negara pun ciput sangat.

            2.         Barangkali ahli-ahli UMNO terlalu sibuk berkerja bagi memastikan kemenangan dalam pilihanraya (PRU13) akan datang sehingga tidak sempat memikirkan hal-hal sedemikian. Baguslah kalau macam tu..

            3.         Atau memang tak rasa apa pun?


Jagindas:   macam tu ke??

PR CABAR KERAJAAN


DEDAH LAPORAN KHAS SEBELUM LAKSANA PPPM

BUKAN bermakna kita lemah terhadap cabar-mencabar atau langsung tidak memilih apa saja yang dicabar, namun gesaan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) supaya kerajaan mendedahkan empat laporan utama kepada umum sebelum melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), wajar di sambut dengan baik oleh kerajaan bagi menjelaskan lagi kepada rakyat bahawa PPPM yang diisyhtiharkan baru-baru ini bukan wayang kulit atau silap mata yang menghiburkan rakyat. [di sini]
            Pada masa sama kita juga nak lihat bagaimana pula pelan pembangunan pendidikan yang dirangka oleh jawatankuasa badan bertindak khas PR terhadap isu pendidikan negara dan apa-apakah "sumbangan" yang dimaksudkan parti itu sebagai sumbangannya terhadap masa depan pendidikan negara ini.
            Tony Pua kata, PR tidak akan mempolitikan isu pendidikan. Dedahkan kepada umum laporan yang dimaksudkan Pua itu jika ia relevan dengan kerangka PPPM. Dan jika tidak, perjelaskan supaya bingai Pua dapat dipulihkan!


Jagindas: main terup jerami, kalau kalah duku kepala lutut..

JENAYAH KOLAR PUTIH SEMAKIN MENJADI-JADI


KPN: KESEDARAN DIRI PENTING
TAN SRI ISMAIL OMAR
"Sebelum kita bercakap tentang penguatkuasaan, saya rasa kesedaran adalah aspek lebih utama terutamanya sikap manusia", itu adalah antara pandangan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar dalam satu temubual dengan wartawan selepas majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM) semalam.
             Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas meningkatnya kes jenayah kolar putih sejak akhir-akhir ini. di sini

            Sebenarnya Tan Sri, 'kesedaran' adalah suatu tingkahlaku yang mudah ditafsir tetapi ia amat sukar untuk dipraktikan oleh manusia. Jika kesedaran itu mudah dilaksanakan, dunia ini pasti aman. Orang Islam akan semuanya menduduki syurga manakala yang kafir menjadi penghuni kekal neraka di jahannam.
            Dalam Islam, Al-Quran danAl-Hadith selengkapnya mengajar dan menyeru supaya manusia berbuat baik dan sekali gus turut mengabarkan kepada mereka yang ingkar dengan janji siksaan daripada Allah Taala. Malah, berulang kali dalam quran disebut:.. sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah berat.
            Peringatan-peringatan seperti ini sebenarnya tidak lain tidak bukan untuk menjadikan manusia itu insan yang baik dimuka bumi dan dengan yang demikian itu dunia akan aman sejahtera.