Khamis, 20 September 2012

LU SAPA? ADA SULAT KA SINI DATANG?


PEGI LAH, INI KITA PUNYA OPIS WO



AMBOI, AMBOI...., besaQnya kepala nooh.... di sini. Huh, malunya ROS dan polis terpaksa balik saja...!

Jagindas: masalah teknikal lagi ke?

APABILA MANUSIA LEBIH ZALIM DARIPADA HAIWAN


Dan Kita Menanggung Bala'Nya


DI WARONG KOPI petang tadi saya dan rakan-rakan menumpukan perbincangan terhadap kes buang bayi yang kini dilihat semakin menjadi-jadi. Paling menyedihkan kekejaman itu dilakukan oleh majoriti remaja melayu.
            "ADA yang tak kena dengan remaja melayu kita ini".  Itu tandatanya yang tercetus antara kami. Cara pembuangan bayi yang tidak berdosa ini juga amat menakutkan. Dari tempat pembuangan sampah membiarkannya diratah anjing, terlalu hina diperlakukan sehingga diperonyok dalam lubang tandas, hinggalah mencampakkannya seperti membuang sampah dari atas bangunan. Jelas, bagaikan tiada lagi kemanusiaan dalam jiwa pelakunya!
            Malah ada juga dipercayai kemungkinan bayi malang terbabit di bunuh terlebih dahulu sebelum di buang! MasyaAllah! Amat menyedihkan. Setakat ini statistik rambang menunjukkan kejadian tidak berperikemanusiaan ini majoritinya dilakukan oleh remaja melayu yang beragama Islam. Secara tidak langsung, ia memberi gambaran bahawa penganut agama Islam di negara ini bodoh, tiada berhati perut dan kejam.

Rabu, 19 September 2012

Sepintas Lalu, Pada Hemat Saya...


Akankah  MCA Dan GERAKAN Melangkah Lalu Jika DAP Keluar PR?

KALAULAH benar DAP akan keluar Pakatan Rakyat (PR) sebaik sahaja memenangi pilihaanraya PRU13 nanti, dengan harapan ia dapat menawan beberapa buah negeri lagi kalaupun gagal menapak ke putrajaya, bagi saya insiden ini tidak mengejutkan di sini dan di sini
            Ini kerana, pada kepercayaan saya bahawa kedudukan DAP dalam PR hanyalah wayang cina yang semata-mata mahu meraih undi orang melayu. Dan, mereka meletakan target pada PRU13 ini sebagai point sasarannya. Orang melayu yang bodoh dan buta hati meskipun berstatus tinggi hatta bangsawan sekalipun begitu mudah ditipu oleh DAP. Kerana, melayu itu mudah lupa seperti kata Tun Mahathir.
            Dan, sekiranya hasrat DAP ini tercapai, saya percaya kedudukan BN juga turut goyah kerana sekutunya MCA dan Gerakan akan terus mengenakan dasar cengkam dan tekan dengan pelbagai isu, permintaan dan syarat terhadap kerajaan BN yang dirasakan lemah ketika itu yang kononnya bagi meraih semula kepercayaan orang cina terhadap BN. Percayalah, ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Bahkan, ketika inipun bunga-bunganya sudah ada kelihatan.
            UMNO sudah tentu terkuncam, tidak tahu berapa lama berkeadaan begitu. Dan, sekiranya wakil rakyat ketika itu tiba-tiba sahaja terdorong kepada politik perkauman maka tidak mustahil MCA dan Gerakan akan keluar BN dan menyekutui sedarah sedagingnya DAP.

TIADA KES PRIMA FACIE


PENDEMONSTRASI DIBEBASKAN

MENTERI DALAM NEGERI
CEH! banyak sangat kes macam ini di mana mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadap yang terdakwa hanya disebabkan "pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie..." di sini
            Apakah ia bermaksud pegawai penyiasat kita tidak pandai menyediakan kertas siasatan bersama bukti-bukti? Sambil lewa atau memang macam itu? 
            Justeru, untuk lain-lain kes kita harap pastikan kekuda telah siap sedia sepenuhnya sebelum masuk ke gelanggang teknikal!






Jagindas:  jagalah imej keprofessionalisme kita