Selasa, 2 Oktober 2012

PENDATANG KUASAI EKONOMI SETEMPAT


Berjuta RM Meluncur Keluar Negara

GAMBAR HIASAN
ISU warga asing yang dikatakan semakin menguasai beberapa perniagaan di bandar utama seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sudah mula mendapat perhatian media setelah rakyat tidak lagi tahan melihat gelagat kaum berkenaan yang adakalanya menjadikan negara ini seperti negara mereka sendiri.
            Sebenarnya ini bukanlah isu baru. Malah perihal kedatangan mereka yang tidak mengikut saluran dan prosedur wajib juga sehingga hari ini masih diperkatakan.

JAIS Vs JURUZON


Ada Yang Jadi Mangsa Fitnah (?)



SEBELUM ini saya ada menulis tentang nasihat daripad mantan mufti Perlis, Dr. Asri terhadap ulamak atau golongan agama di sini.
            Pada masa sama juga akhbar-akhbar perdana juga ada melaporkan tentang perihal ajaran sesat terbaru yang dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (jais). Ia dikenali sebagai ajaran Juruzon seperti dilaporkan di sini dan di sini
            Laporan tersebut nampaknya berfakta dan dijelaskan secara panjang lebar. Seperti yang khalayak sedia maklum, isu ajaran sesat juga adalah satu daripada gejala yang membahayakan negara. Gejala ini juga membabitkan resapan pelbagai fahaman seperti fahaman syiah, mazhab, aurat muhamadiah dan banyak lagi.
            Pergerakankumpulan-kumpulan NGO yang berdaftar atas nama agama juga seperti Al-Arqam pernah mengocak perpaduan umat Islam dan kerukunan rumah tangga di negara ini. Namun berjaya di sanggah oleh kerajaan meskipun sudah agak terlewat berikutan kelicikan pergerakan pertubuhan itu.

Isnin, 1 Oktober 2012

BR1M 2.0 DAN BOUCAR BUKU


Dua Timbalan Menteri Kewangan
Berbeza Kenyataan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin, (gambar) kata semua orang bujang yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan termasuk pelajar universiti akan dapat BR1M RM250. Ini kerana, pelajar universiti tergolong dalam golongan tidak berpendapatan atau berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan di sini  
      "Lebih menggembirakan, pemberian tersebut bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang bekerja dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, malah, pelajar universiti serta penganggur turut menikmati bantuan sebanyak RM250 itu"

             Namun, bagi Datuk Ir Donald Lim Siang Chai, (gambar)yang juga Timbalan Menteri Kewangan, penuntut di universiti tidak berhak mendapat BR1M 2.0 bernilai RM250 kerana mereka telah diberikan Boucar Buku dengan nilai yang sama di sini
            "Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya.

JANGAN CAKAP SEMBARANGAN


Fatwa, Pandangan, Hukum Hakam
Beri Kesan Kepada Pembangunan Ummah

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SEMUA pihak termasuk yang begelar tok guru, imam, ustaz hatta mufti sekalipun wajar mengambil nasihat ini sebagai panduan sebelum berkata-kata terutama yang membabitkan kepentingan ummah sejagat di sini.
            Mohd Asri memberikan ingatan itu kepada mereka yang bergelar ulamak serta ghairah menyebut pelbagai fatwa atau pandangan yang menjurus kepada hukum hakam dimana tindakan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat khususnya orang Islam.
            Saya percaya, beliau (Asri) berkata demikian berikutan semakin ramai golongan itu bercakap tentang agama namun pada masa sama apa yang mereka cakapkan tidak menepati intipati dalam al-quran, hadis dan sunnah.
            Malah, ada yang memperkatakan sesuatu pandangan dan hukum hakam menerusi mazhab lain yang tidak selari dengan mazhab rasmi Islam di negara ini iaitu Mazhab Shafie.
            "Ada sesetengah mereka yang belajar di Timur Tengah dan balik ke negara ini kemudian mengajarkan ilmu kepada orang awam tetapi tidak memecahkan semula pandangan atau ajaran itu mengikut mazhab di negara ini.
            "Sedangkan, sebarang amalan serta hukum yang terpakai untuk umat Islam di negara ini hendaklah mengikut Imam Shafie. Tindakan mencampur adukkan mazhab dan mengguna pakainya boleh mengelirukan umat Islam dan akhirnya boleh mengakibatkan perpecahan pendapat", kata seorang rakan yang mengulas isu tersebut.
            Menurut rakan itu lagi, yang menjadi parah lagi dalam soal itu adalah mereka yang hanya mengikut-ngikut punggung ulamak dan tok guru ke hulu ke hilir juga akhirnya bercakap macam ulamak juga.
           

Jagindas: Syurga dan neraka adalah janji Allah yang pasti!