Takkan Tak Ada Simpanan Sebanyak itu...
![]() |
| MOHD ALI RUSTAM... KM Melaka |
DATUK Seri ALi Rustam sudah memberikan
jawapan kepada soalan wakil pembangkang terhadap kesangsian mereka perbelanjaan
kenduri kahwin anak ketua menteri Melaka itu baru-baru ini yang didakwa mereka
mencecah lebih berjuta ringgit di sini
Rasionalnya,
kalau ALi dapat simpan RM3k sebulan bermakna setahun ada RM36k. Jadi, jika 15
tahun tentu pokok sahaja sudah ada RM540k. Kalau dicampur dengan faedah bank
dan sebagainya maka tidak mustahil simpanan tersebut sudah mencecah lebih RM600k...
Logik
tu. Itu kalau RM3k sebulan! Lagipun itu tidak termasuk hasil-hasil pendapatan
lain-lain seperti saham dan sebagainya. Justeru, untuk majlis perkahwinan anak
sulung Ali ini, kenduri sulung barangkali, maka dakwaan Ali beliau hanya
membelanjakan RM600,000 kos makanan untuk 180,000 tetamu adalah logik malah
ianya adalah yang termurah setakat ini!




