Manusia Sanggup Gadaikan Agama, Bangsa
dan Negara
BEGITULAH, banyak
sudah orang bercakap termasuk pemimpin dan cendikiawan berkata bahawa sejarah
tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah-ubah atau digubah seperti menggubah lagu
dan muzik. Umum juga sedar dan menerima hakikat bahawa sejarah juga akan
berulang dalam ertikata menerusi sudut, fenomena, stuasi serta latar belakang
yang berbeza.
Jika sejarah dahulu memaparkan
peperangan menggunakan pedang, keris dan lembing manakala sekarang senjata dan
pakaian bertukar kepada yang lebih moden. Malah, peperangan menerusi media
cyber serta IT juga terus menampakkan kehebatannya. Pokoknya, manusia itu akan
terus berperang, berdenki-dengki kemudian berdamai dan berperang kembali.
Barangkali, demikianlah sehingga kiamat.
Kisah-kisah bagaimana orang luar
yang menjadi kepercayaan istana Melaka, Raja Mandelia, mempengaruhi sultan ketika
itu sehingga menyebabkan istana bergolak dan rakyat Melaka menjadi huru hara
kelihatan kembali mewarnai kehidupan manusia hari ini.