Kes Sakit Jiwa Dan Mental Meningkat
![]() |
| DATUK SERI LIOW TIONG LAI |
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai, baru-baru ini mendedahkan bahawa berlaku kadar peningkatan kes budak
remaja sakit jiwa dan keadaan itu membimbangkan kerajaan berikutan remaja
adalah aset utama negara di sini.
Bagi
beliau peningkatan kes tersebut mungkin disebabkan pengaruh internet teknologi
komunikasi yang menghadkan sistem komunikasi sosial. Kesibukan ibu bapa yang bekerja
juga menyumbang secara tidak langsung peningkatan kes berkenaan berikutan
mereka memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.




