Selasa, 9 Oktober 2012

REMAJA HADAPI MASALAH JIWA


Kes Sakit Jiwa Dan Mental Meningkat

DATUK SERI LIOW TIONG LAI
MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, baru-baru ini mendedahkan bahawa berlaku kadar peningkatan kes budak remaja sakit jiwa dan keadaan itu membimbangkan kerajaan berikutan remaja adalah aset utama negara di sini.
            Bagi beliau peningkatan kes tersebut mungkin disebabkan pengaruh internet teknologi komunikasi yang menghadkan sistem komunikasi sosial. Kesibukan ibu bapa yang bekerja juga menyumbang secara tidak langsung peningkatan kes berkenaan berikutan mereka memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

SEMOGA LULUS CEMERLANG


PMR Bermula Hari ini

Penulis mengucapkan selamat menempuh peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini (9/10/2012) sehingga 16 Okt ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
            Penulis juga mendoakan semoga 481,424 calon yang menduduki penilaian terbabit di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara tenang dan tangkas menjawab semua soalan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang khususnya kepada anak bangsaku.


Jagindas: Sijil Rendah Pelajaran (SRP, sekarang PMR)  cuma dapat 17 aggregat.

Isnin, 8 Oktober 2012

PELANGGAN KECIWA


Utusan Malaysia Sering Lewat Sampai

AKHBAR Utusan Malaysia adalah antara akhbar perdana yang dikatakan bersemangat nasionalis khususnya dalam memperjuangkan  minda serta semangat orang melayu dan bumiputera di samping terus meniupkan semangat muhibbah antara kaum bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang berdaulat dan bermarwah.
            Kekentalannya itu menyebabkan banyak pihak yang iri hati dan menyangsikan diri terhadap peranan akhbar itu sehingga berlaku komplot serta kempen memboikot akhbar berkenaan termasuk memboikot wartawan-wartawannya.
            Serentak itu juga, kempen memartabatkan akhbar itu di khalayak pembaca digempur menerusi pelbagai cara serta sokongan bagi memintas sikap perkauman yang ditiupkan oleh kumpulan berkenaan yang lebih tegas disebut sebagai puak anti-melayu.

JENAYAH DALAM NEGARA MASIH TINGGI


Penduduk Tidur Tidak Lena

Dalam satu kenyataan media semalam, Ketua Polis Negara (KPN),  Tan Sri Ismail Omar, mengakui tahap kebimbangan orang ramai terhadap perlakuan jenayah masih tinggi ketika ini  di sini.
            Jika itu dapatan yang diperolehi polis, bermakna indeks aktiviti jenayah khususnya yang membabitkan harta dan nyawa manusia  di negara ini sebenarnya masih tidak berubah atau tidak menunjukan penurunan seperti yang dilaporkan sebelum ini.