Sabtu, 3 November 2012

MENGAPA AHMAD MASLAN RASA PELIK PULAK?

AHMAD MASLAN... Jangan main benda pelik

Hasrat Hadi Lawan Najib

KHABARNYA, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, merasa pelik mendengarkan berita Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Razak   baca di sini
            Apa yang peliknya, Ahmad?  Penulis nak ingatkan Ahmad, jangan mudah sangat pelik, terperanjat mahupun tidak percaya. Jangan main-main dengan benda-benda pelik. Kalau dibuat hasilnya jadi kejutan, ada yang tumbang berdiri hanya disebabkan benda pelik.
            Jangan mudah perlemahkan pihak lawan. Soal mengapa Hadi dan mengapa tidak calon yang lain, itu tidak timbul. Yang perlu diambil perhatian adalah Najib akan ditentang orang kuat PAS. Saya ulangi, Najib akan ditentang oleh orang kuat PAS (kalaulah benar terjadi).
            Jadi, bagaimana persediaan kita? Misalnya, mungkin kita kena dapatkan 'keris taming sari' untyuk diserah kepada Najib supaya mudahlah dia menentang pahlawan Haji Hadi nanti.
            Sambutlah dengan tenang cabaran itu dan bersiapsiagalah menghadapinya. UMNO tidak perlu mencadangkan siapa-siapa dari PAS untuk menandingi Najib atau sesiapa sahaja pemimpin tertinggi UMNO/BN di mana-mana kawasan pilihanraya.
            Jangan peleceh dan jangan sindir menyindir. Dalam apa-apa pertandingan sebarang kemungkinan akan berlaku. Hari ini orang kata YA, esok belum tahu lagi. Kadang-kadang waktu pagi kata OK, bila sebelah petang dah katak TAK OK
pulak.
            "UMNO tidak ada halangan kalau sesiapa sahaja daripada pihak pembangkang hendak melawan Najib di ParlimenPekan dalam PRU13 nanti atau di mana sahaja kawasan. Kita bersedia ke arah itu meskipun kalau boleh kita berharap tiada pertandingan di situ...."  lebih kurang macam inilah sepatutnya Ahmad kata.       
            Justeru, nasihat penulis kepada semua pemimpin UMNO/BN semakin hampir berlaku pilihanraya, maka semua pihak seharusnya semakin berhati-hati, bersedia dan celik mata akal dan fikiran.


Jagindas: Semoga menang dengan jayanya.
           


KEGHAIRAHAN BERTANDING SEMAKIN KUAT


HADI SEDIA LAWAN NAJIB DI PEKAN

SEMAKIN menghampiri majlis kenduri kendara pilihanraya, semakin meriah suasananya. Ini adalah perkara lumrah. Cerita tentang Datuk Seri Haji Hadi Awang bersedia bertanding di Parlimen Pekan bagi menentang Datuk Seri Najib Razak, bukanlah mengejutkan tetapi amat menarik untuk dijadikan bahan sembang politik     baca di sini.
            Barangkali resa Hadi berkata kalau dia dapat mengalahkan Najib, akan kalahlah BN seluruhnya dan peluang Hadi untuk jadi Perdana Menteri (PM) adalah cerah. Habis, Anwar nak letak ke mana pulak? Oops! Mungkin Hadi kekal Timbalan PM. Barangkali itu adalah pengorbanan Hadi untuk membantu Anwar menawan Putra Jaya.

JAGA-JAGA...

As-Shaari dan isteri-isteri..

"Al-Arqam Kembali Kuat"

SELEPAS membaiki kereta di sebuah bengkel pagi tadi, sebelum balik pomen sempat menasihatkan penulis supaya membuat "tuning" injin setiap enam bulan sekali bagi memastikan perjalanan injin sentiasa lancar serta dapat menjimatkan petrol.
            Dan, apabila singgah di sebuah warong untuk minum sambil membedek sebuah akhbar yang memaparkan tajuk di muka depannya " Al-Arqam makin kuat". Semalam akhbar yang sama mendedahkan isu Arqam kembali memperkukuhkan institusinya. Hari ini akhbar tersebut buat follow-up lagi.        Menarik juga isu ini sebab Ustaz Badrul Amin ada sekali di situ yang dikatakan sebagai tetamu istimewa kumpulan berkenaan sempena konsert memperingati kembali kerahmatullah pengasas Arqam, Ustaz Ashaari.

Jumaat, 2 November 2012

SPRM MEMIHAK (??)

SHUKRI..... Integritinya diragui

Adoi, Lagi Selimbar Dalam Daging..

BERITA di akhbar Utusan Malaysia bertajuk "SOKONG PENUBUHAN SURUHAN DI RAJA" untuk siasatan kes korupsi membabitkan Projek Lembah Sireh di Kedah, mengejutkan penulis juga   di sini
            Diperhalusi gesaan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, nampaknya kita (negara?) ada masalah integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
            Masalah ini boleh disifatkan besar juga kerana Integriti adalahpendirian utama badan itu. Dan, jika benarlah dakwaan tersebut dengan yang mengambil contoh kes menantu Menteri Besar Kelantan, bermakna SPRM sendiri mengalami "korupsi" kuasa. Lantas, ke mana pula negara dan rakyat hendak bergantung harap bagi menyelesaikan masalah berkaitan korupsi.