Sabtu, 10 November 2012

BANYAK CAKAP BANYAK SALAH


BANYAK SALAH BANYAK DOSA

APABILA menyebut tentang proses penyampaian, mahu tidak mahu kita tidak boleh lari dari dunia percakapan. "Lidah tidak bertulang" adalah antara simpulan bahasa yang menyatakan perihal jahatnya percakapan jika tidak dikawal.
            Banyak sudah yang terperankap dalam percakapan yang tidak berbatas. Apalagi dalam dunia yang menuntut kebebasan bersuara. Ada lagi yang orang tua-tua kata: sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa!
            Justeru, orang tua-tua pernah berpesan, supaya kita sentiasa berhati-hati ketika bercakap. Ini kerana, menurut kata orang tua-tua: "....Apabila banyak bercakap, dikhuatiri akan berlaku banyak salah. Dan, apabila banyak melakukan kesalahan maka banyak pulalah dosa yang ditanggung. Manakala, jika kita terlalu banyak dosa kemudian mati dalam keadaan belum sempat bertaubat atau bermohon ampun maka nerakalah tempatnya!... wallahhuallam.
            Oleh itu, cakaplah apa yang hendak dicakap. Balun apa saja! Tapi jangan lupa, tanggunglah apa sahaja risikonya. Jangan pusing-pusing pulak. Tepis tepis sana sini nak bagi orang lain kena pulak. Namun, itupun kerja lidah tak bertulang juga! Ikut rasa binasa, ikut hati mati - itupun kata orang tua-tua juga.


Jagindas: Berhati-hati dijalan raya - banyak AES dan kamera perangkap laju PDRM

Jumaat, 9 November 2012

MACAM-MACAM HAL

DEMO... Hukuman sebat dalam Islam

Paksa Ngaku Berzina

CUBA baca cerita ini, klik di sini

Apa benda yang tak kenanya?  Mengarut betul.  Walaupun kes ini nampak seperti terpencil tetapi jangan pandangan ringan. Sebab, ia melibatkan maruah kedua-dua pihak bahkan maruah institusi pendidikan itub sendiri. Guru sandaran pulak tu! Mesti ada benda yang tak kena ni..
           
Apa-apapun kita tunggulah apa kata mahkamah...



Jagindas: Yang ustaz tu pulak, tahu sohihkah dia hulu hilir kes tersebut? Pelik..! Macam ini pun ada wo..!

APA PULAK MAIN MAK BAPAK NI?

SHAHRIZAT...Azizah kena mohon maaf

Kak Ijat Pun Nak Beri Komen Juga

NAIB PERSIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) , Nurul Izzah Anwar, bukan sahaja sudah akil baligh malah usianya juga sudah melampaui 21 tahun dan sudah pun berumah tangga. Bermakna, Nurul sudah bertanggung jawab terhadap dirinya sendiri dalam apa juga keadaan dan peristiwa. Dia bukan kanak-kanak lagi.
            Justeru, mengapa pula ada pihak yang mahu ibunya Wan Azizah untuk melafazkan maaf kepada rakyat Malaysia berikutan keterlanjuran dan keceluparan Izzah mengenai isu orang melayu berhak bebas memilih agamanya sendiri selain Islam baca di sini
            Apa ni Datuk Seri Shahrizat Jalil? Kak Ijat,nampaknya sudah tersasar. Kalau nak tembak, tembaklah tetapi biar kena sasarannya.
            Dalam bab ini, mak bapak Nurul tidak bersalah dan tiada sebab desakan dibuat untuk mereka memohon maaf. Kalau Kak Ijat sebut atas nama Presiden PKR atau Penasihat PKR, itu tak apalah. Tak payahlah main mak bapak pulak.


Jagindas: Kak Ijat nampaknya gian nak bercakap ni...takut repoter lupakan kak Ijat ye?


TIDAK PERLU DIDEBAT DAN DIPERTIKAI


Orang Islam Tidak Boleh Tukar Agama

KENYATAAN seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim, di laman portal Free Malaysia Today , yang kesal terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar , kerana didakwanya tidak mempertahankan kenyataan yang dibuatnya berhubung kebebasan beragama di negara ini termasuk orang melayu, menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit isu tersebut  di sini
            Ini kerana, pada mulanya penulis berpendapat Siti Zabedah hanyalah sengaja membuat soalan provokasi bagi melihat pendirian Nurul terhadap agama Islam dan hubungan agama itu dengan orang melayu dan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
            Namun, pada dua perenggan terkahir laporan akhbar tersebut dipetik Siti Zabedah sebagai berkata:
            "Sementara itu, Siti Zabedah berkata, masanya telah tiba untuk kebebasan beragama kepada orang melayu didebatkan kerana perlembagaan persekutuan tidak membenarkan hak tersebut.
          Katanya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izah adalah golongan konservatif dan mereka hanya mahu menegakkan versi agama yang mereka katakan benar." - (Utusan Malaysia/9 Nov, 2012/p.6)
           
Apa yang penulis faham, dalam bab agama Islam bagi orang melayu memang tidak boleh didebat mahupun dipertikaikan. Ini kerana, penganut agama Islam tidak dibenar sama sekali (hukum Allah) menukar agama mereka atau memurtadkan diri. Ini jelas disebutkan dalam urusan agama Islam itu sendiri dan bukannya disebabkan terikat dengan hak-hak perlembagaan Persekutuan.
            Memang, kita tidak memaksa orang lain (selain melayu) menganuti Islam. Namun, sebaik sahaja seseorang itu menukar agama mereka yang asal kepada agama Islam, maka terikatlah mereka itu dengan hukum hakam Islam termasuklah bahawa mereka tidak sesekali dibenarkan kembali ke agama asal atau menukarnya ke lain-lain agama.
            Ini jelas dan jika dibantah, maka hukumnya adalah murtad. Dan, bagi mereka yang telah murtad, Islam mempunyai hukumannya sendiri terhadap individu tersebut.
            Justeru, tidak ada sebab pengkritik isu Nurul Izzah disebut sebagai golongan konservatif dalam urusan ini. Bagi penulis, siapapun yang beragama Islam, tidak sepatutnya menyokong kepada kenyataan Nurul dan berasa kesal apabila Nurul kemudiannya menafikannya.
           


Jagindas: Kebebasan bersuara semakin mengerikan..