Jumaat, 9 November 2012

TIDAK PERLU DIDEBAT DAN DIPERTIKAI


Orang Islam Tidak Boleh Tukar Agama

KENYATAAN seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kasim, di laman portal Free Malaysia Today , yang kesal terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar , kerana didakwanya tidak mempertahankan kenyataan yang dibuatnya berhubung kebebasan beragama di negara ini termasuk orang melayu, menarik perhatian saya untuk mengulas sedikit isu tersebut  di sini
            Ini kerana, pada mulanya penulis berpendapat Siti Zabedah hanyalah sengaja membuat soalan provokasi bagi melihat pendirian Nurul terhadap agama Islam dan hubungan agama itu dengan orang melayu dan kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.
            Namun, pada dua perenggan terkahir laporan akhbar tersebut dipetik Siti Zabedah sebagai berkata:
            "Sementara itu, Siti Zabedah berkata, masanya telah tiba untuk kebebasan beragama kepada orang melayu didebatkan kerana perlembagaan persekutuan tidak membenarkan hak tersebut.
          Katanya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izah adalah golongan konservatif dan mereka hanya mahu menegakkan versi agama yang mereka katakan benar." - (Utusan Malaysia/9 Nov, 2012/p.6)
           
Apa yang penulis faham, dalam bab agama Islam bagi orang melayu memang tidak boleh didebat mahupun dipertikaikan. Ini kerana, penganut agama Islam tidak dibenar sama sekali (hukum Allah) menukar agama mereka atau memurtadkan diri. Ini jelas disebutkan dalam urusan agama Islam itu sendiri dan bukannya disebabkan terikat dengan hak-hak perlembagaan Persekutuan.
            Memang, kita tidak memaksa orang lain (selain melayu) menganuti Islam. Namun, sebaik sahaja seseorang itu menukar agama mereka yang asal kepada agama Islam, maka terikatlah mereka itu dengan hukum hakam Islam termasuklah bahawa mereka tidak sesekali dibenarkan kembali ke agama asal atau menukarnya ke lain-lain agama.
            Ini jelas dan jika dibantah, maka hukumnya adalah murtad. Dan, bagi mereka yang telah murtad, Islam mempunyai hukumannya sendiri terhadap individu tersebut.
            Justeru, tidak ada sebab pengkritik isu Nurul Izzah disebut sebagai golongan konservatif dalam urusan ini. Bagi penulis, siapapun yang beragama Islam, tidak sepatutnya menyokong kepada kenyataan Nurul dan berasa kesal apabila Nurul kemudiannya menafikannya.
           


Jagindas: Kebebasan bersuara semakin mengerikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.